Video| 4 pengawal, 6 anjing untuk kawal 2 pokok mangga! Mangga Miyazaki mangga termahal di dunia!
Published by
KitaReporters
--title--
Dua pohon mangga jenis Miyazaki dikawal oleh empat pengawal dan enam anjing. - Kredit foto: India.com
PASANGAN suami isteri, Rani dan Sankalp Parihar dari negeri Madhya Pradesh di bahagian tengah India, melakukan perkara luar biasa bagi menjaga dua pohon mangga milik mereka yang hanya mempunyai tujuh biji.
Untuk itu, pasangan suami isteri ini mengeluarkan belanja besar dengan mengupah empat pengawal keselamatan dan enam anjing untuk menjaga dua pokok mangga itu di bandar Jabalpur.
Ia bagi mengelak mangga itu dicuri seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan buah mangga
Rani dan Sankalp Parihar
menunjukkan sebuah mangga jenis Miyazaki. - Kredit foto: India.com.
Ini kerana buah mangga yang ditanam itu adalah daripada jenis yang paling sukar didapati dan paling mahal di dunia yang dikenali sebagai mangga Miyazaki yang berasal dari bandar Miyaki, Jepun.
Menurut laporan, buah mangga Miyazaki yang terkenal amat mahal itu boleh mencapai harga 270,000 rupee India atau kira-kira RM15,000 sekilogram.
Dipetik dari India.com. pasangan ini menanam anak pokok mangga itu yang dibeli daripada seorang lelaki beberapa tahun lalu dalam kereta api ketika melancong ke Chennai.
Mereka kehairanan apabila melihat warna buah mangga itu berwarna ungu, berlainan daripada biasanya. Kedua-duanya kemudian membuat penyelidikan dan mengetahui spesies sebenar buah berkenaan.
Walaupun ramai mengganggap ia satu pembaziran dengan mengupah pengawal keselamatan dan anjing penjaga, namun pasangan ini menyatakan ia bukan satu pembaziran kerana mahu melindungi buah mangga itu agar dapat menghasilkan lebih banyak buah dan anak pokok. - KitaReporters
Poster yang menyatakan Miyazaki sebagai mangga termahal di dunia.
0
8
0
1
0