KEMENTERIAN Kewangan menerusi inisiatif MyDigital akan memastikan pembayaran bagi semua perkhidmatan kerajaan dibuat tanpa tunai menjelang 2022.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, inisiatif tersebut akan membawa kepada keselamatan transaksi yang lebih tinggi, penyelarasan lebih baik, komunikasi mengenai inisiatif antirasuah dipertingkatkan serta perkongsian maklumat yang lebih mudah.

“Setakat tahun lalu, sebanyak 60 peratus daripada jumlah kutipan bayaran kerajaan adalah melalui e-pembayaran.

“Saya menyedari usaha Institut Akauntan Malaysia (MIA) untuk memperkukuh kecekapan fungsi kewangan sektor awam serta juruaudit dalaman yang bekerja di audit operasi dan audit kewangan,” katanya seperti dipetik oleh Utusan Malaysia pada Rabu, 9 Jun 2021.

MyDigital menggariskan rancangan untuk mempercepat pencapaian Malaysia sebagai negara ekonomi maju dari segi teknologi melalui Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


Tengku Zafrul berkata ini akan mendorong keselamatan transaksi lebih tinggi, penyelarasan lebih baik, komunikasi mengenai usaha antirasuah dipertingkatkan serta perkongsian maklumat lebih mudah. 

0
0
0
0
0

Copy Link: