COVID-19: INDIA MULA LAKSANA DARURAT 21 HARI
Published byKERAJAAN India mengikut jejak langkah perintah berkurung atau darurat dengan mengunci rakyat daripada sebarang pergerakan dan aktiviti luar selama 21 hari ekoran penularan wabak pendemik penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19), bermula Rabu, 25 Mac 2020. : KitaReporters
Tiada urusan keluar masuk lagi di India. - Kredit foto: Indozone
Perdana Menterinya, Narendra Modi mengisytiharkan perintah berkurung sepenuhnya selama tiga minggu itu di seluruh negara memandangkan ia adalah satu-satunya cara untuk mematahkan kitaran jangkitan Covid-19.
Narendra Modi
“Menjauhkan aktiviti sosial adalah satu-satunya cara untuk mematahkan kitaran jangkitan.
Rakyat India akur perintah berkurung. - Kredit foto: Aljazeera.Com
“Inilah cara untuk terus menyelamatkan India. Satu langkah di luar rumah, akan membawa virus durjana ini ke dalam rumah anda.
“Kerajaan juga akan membantu menunda pembayaran cukai dan memperluaskan lagi program bantuan-bantuan lain dalam menyokong ekonomi rakyat di tengah kemelut pandemik ini,” akhirinya.
Walau bagaimanapun, semua perkhidmatan pengangkutan seperti udara, kereta api dan jalan raya diberhentikan digantung sehingga 14 April 2020. - KitaReporters
Perkhidmatan awam diberhentikan serta-merta.