Berita Terkini| Tabung Haji saran guna khidmat THiJARI! Elak interaksi bersemuka di kaunter!
Published byLEMBAGA Tabung Haji (TH) menyarankan semua pendeposit untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian, THiJARI sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengurangkan interaksi bersemuka di kaunter cawangan TH di seluruh negara.
Pengarah
Eksekutif Operasinya Mustakim Mohamad berkata, THiJARI merupakan perkhidmatan
dalam talian yang dilancarkan pada awal tahun lepas bagi memudahkan pendeposit
melakukan transaksi dan menerima perkhidmatan TH secara dalam talian seperti
menyemak akaun, mencetak penyata, pindahan wang dan perkhidmatan berkaitan
haji.
“Pendeposit
juga boleh melakukan transaksi di mesin pengeluaran tunai, mesin deposit tunai
dan perbankan Internet empat rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat,
Maybank dan CIMB Bank,” katanya dalam kenyataan pada Isnin, 24 Mei 2021.
Pada masa sama, pengguna kini boleh melakukan pindahan simpanan dari mana-mana bank ke dalam akaun TH melalui FPX secara dalam talian dan masa nyata tanpa perlu hadir ke cawangan TH melalui THiJARI.
Katanya,
pendeposit juga boleh membuat arahan pindahan simpanan tetap secara bulanan
melalui e-Mandate FPX dengan melayari laman sesawang www.thijari.com.my atau
aplikasi THiJARI untuk menggunakan perkhidmatan baharu itu secara percuma.
Bagi
pertanyaan selanjut berkaitan perkhidmatan TH, pendeposit boleh menghubungi
Talian Khidmat Pelanggan TH menerusi talian 03-6207 1919. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
PENDEPOSIT tidak perlu mengunjungi kaunter atau kios bagi segala urusan melibatkan Tabung Haji sepanjang tempoh PKP.