Kaedah vaksinasi secara pandu lalu akan dipraktikkan bagi mengurangkan risiko jangkitan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). - Kredit foto: Sinar Harian


ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan membuka enam Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara pandu lalu bagi menyokong pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PPV terbabit akan dibuka di enam kem tentera terpilih atau kawasan berhampirannya di seluruh negara.

Buat masa ini, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, Kem Sungai Besi akan menjadi projek perintis usaha berkenaan yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

"Berdasarkan perancangan awal, proses vaksinasi melalui kaedah itu hanya untuk anggota ATM dan keluarga mereka terlebih dahulu.

"Jika konsep ini berjaya dilaksanakan, kita akan membukanya kepada orang awam supaya mereka juga dapat menerima suntikan vaksin secara pandu lalu," katanya pada sidang media secara maya sempena Pelancaran Pembinaan Hospital Modular COVID-19 ATM di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, pada Khamis, 3 Jun 2021.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, pihak ATM juga akan menggunakan bas sebagai klinik bergerak untuk dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin di kawasan pedalaman.

“Ini sebahagian usaha kita  bantu kerajaan mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 (PICK) kerajaan,” katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 ISMAIL SABRI berkata, Kem Sungai Besi akan menjadi projek perintis usaha berkenaan yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

0
0
0
0
0

Copy Link: