Terengganu benar penjaja jalanan! Jaja dekat lampu isyarat!
Published byNASIB penjaja jalanan terutama yang berniaga di persimpangan lampu isyarat dan laluan utama di beberapa bandar negeri ini mendapat perhatian kerajaan negeri apabila diberi kelonggaran untuk menjalankan aktiviti menjaja di lokasi terbabit. Bagaimanapun, kelonggaran yang diberikan berbentuk sementara itu perlu mengikut syarat dan pematuhan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). : KitaReporters
Penjaja jalanan dibenarkan berniaga sementara di Terengganu
Selain itu, penjaja terbabit juga perlu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak penguasa tempatan serta peraturan jalan raya.
Pengerusi
Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja
Negeri, Mohd Nur Khuzaini Ab Rahman berkata, kebenaran itu diberikan selepas peniaga
termasuk penjaja mengalami kemerosotan jualan ekoran pandemik COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nur Khuzaini Ab Rahman
Katanya, langkah tersebut tidak bermaksud kerajaan membenarkan aktiviti itu dijalankan dengan tidak mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Kita memahami sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu hingga
sekarang semua orang susah disebabkan pergerakan terbatas.” Katanya.
Beliau berkata, kerajaan mempertimbangkan untuk memberi peluang kepada rakyat dalam tempoh dua bulan ini untuk menjana kembali pendapatan mereka.
Katanya, pihak terbabit sudah
berbincang dengan pihak penguat kuasa untuk tidak mengambil tindakan kepada
penjaja jalanan.
Mohd Nurkhuzaini berkata, setiap penjaja perlu mengikut peraturan ditetapkan
ketika menjalankan operasi perniagaan dan mematuhi prosedur operasi standard
(SOP) dalam tempoh PKPP.
“Undang-undang ada, sebab itulah mereka perlu mengikut peraturan ditetapkan.
"Jika tidak mengganggu lalu lintas biarlah mereka untuk mencari rezeki bagi meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.
Sebelum ini, kerajaan negeri tidak membenarkan aktiviti menjaja di kawasan persimpangan lampu isyarat kerana ia menjadi kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Lalu Lintas 1959 serta Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan, Akta Kawalan Harga & Anti Percatutan 2011 serta Perintah Perlabelan Barang Sedia Bungkus 1993. - KitaReporters