Video| Transform! Lelaki ubah kereta lama jadi Transformers!
Published byKALAU dah kreatif, bagi sahaja pasti membuahkan hasil. Mungkin itu sesuai ditujukan kepada seorang lelaki di China yang berjaya mengubah kereta-kereta lama menjadi model Transformers. Hebat kan? Itulah dihasilkan oleh Quan Likun, lelaki dari wilayah Hebei, yang menggunakan kereta lama seperti jenis Kia dan berjaya ditransformasikan kepada robot Transformers. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kereta:
https://kitareporters.com/search?search=kereta
Memetik laporan news.cgtv.com dia dan beberapa anggota kumpulannya mengambil masa lebih daripada setahun untuk menghasilkan kereta Transformer berkenaan.
Dia yang menggunakan kereta lama jenis Kia dan dijadikan robot itu mengakui tidak menggunakan modal yang besar untuk membina robot-robot berkenaan, sebaliknya hanya mengambil komponen bahagian kereta lama yang sudah tidak digunakan lagi.
DALAM proses kereta lama yang akan ditransformasi menjadi robot. - Kredit foto: cgtv.com
“Bahan tu
kami padankan bersama beberapa plat yang direka khas berdasarkan filem, sebelum
dipotong dan dikimpal.
“Nampak macam mudah, tapi sebenarnya paling sukar bila kita perlu memastikan pergerakan model dan arahan menyeluruh sebelum mendapatkan hasilnya yang terbaik,” ujarnya.
PROSES untuk menghasilkan robot memerlukan kerja -kerja penelitian bagi memastikan hasil yang terbaik.
Malah rekaan
robot mereka pernah mencecah 12 meter bagi model Optimus Prime.
Lebih
membanggakan Transformers terbesar yang berjaya dihasilkan mencapai ketinggian
lebih 12 meter.
Wow! Hebatnya. - KitaReporters