Video| Kes kejar lembu pagi raya korban! Terlepas ikatan semasa nak disembelih! Sempat lari 5km!
Published bySeekor lembu terlepas daripada ikatan dan melarikan diri ke sempadan Terengganu-Kelantan
KEJADIAN lembu korban mengamuk dan melarikan diri sebelum sempat disembelih sememangnya kerap berlaku terutama pada setiap kali sambutan Aidiladha pada setiap tahun.
Seorang suri rumah, Suryati Ismail, 54, dari Kampung Seberang Jertih, Terengganu, turut berkongsi pengalaman pahit dan manis apabila lembu miliknya yang akan dijadikan korban Hari Raya Aidiladha melarikan diri sebelum haiwan itu dapat disembelih.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lembu korban
Suryati Ismail
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi pada hari pertama Aidiladha pada 10 Julai 2022 lalu apabila lembu terbabit tiba-tiba terlucut tali yang diikat pada leher sebelum haiwan itu hendak disembelihkan.
Katanya, selepas jiran-jiran berjaya menumbangkan
lembu berkenaan dan kerja penyembelihan baru hendak bermula, tiba-tiba lembu terbabit
melompat dan melarikan diri.
Sebelum itu, katanya, keluarganya membeli tiga ekor lembu untuk dijadikan korban hari raya tetapi salah seekor daripadanya terlepas daripada ikatan ketika hendak disembelih.
“Lembu yang melarikan diri tersebut adalah lembu pertama yang dijadualkan untuk disembelih tetapi haiwan itu bertindak ganas lalu bingkas dan melarikan diri,” katanya.
Beliau berkata, susulan tindakan lembu pertama tersebut melarikan diri kerja-kerja menyembelih dua lagi lembu diteruskan tetapi tidak menghadapi masalah, katanya lagi.
Lembu jantan yang terlucut tali ikatan melarikan diri ketika kerja-kerja penyembelihan baru bermula.
Menurut Suryati, usaha mengejar lembu yang melarikan diri tersebut dilakukan oleh sekumpulan pemuda bermotosikal dan akhirnya berjaya ditangkap semula kira-kira satu jam kemudian.
Katanya, haiwan itu berjaya ditangkap di Kampung
Padang Landak, Jertih dekat sempadan Terengganu-Kelantan iaitu kira-kira lima kilometer
dari tempat haiwan itu melarikan diri.
“Lembu terbabit akhirnya disembelih di Kampung Padang
Landak dan membawa balik daging yang sudah siap dilapah ke rumah ahli keluarga,”
katanya.
Katanya, ketika melarikan diri, lembu berkenaan dilanggar oleh sebuah kereta ketika cuba melintas jalan tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan dan boleh dijadikan lembu korban. Manakala, pemilik kereta terbabit juga tidak mengalami apa-apa kecenderaan dalam kejadian tersebut.
“Saya hampir putus asa kerana bimbang tidak dapat menunaikan hajat untuk acara korban disebabkan lembu terbabit melarikan diri, tetapi bersyukur ia akhirnya dapat disembelih,” katanya. - KitaReporters
Lembu yang melarikan diri berjaya ditangkap semula disembelih selepas lima kilometer melarikan diri