Pengasas Qaseh Gold merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan Ana Global Ventures (AGV), Hasniza Hassan.


Qaseh Health Resouces (QHR) menyasarkan 100 Jutawan Qaseh dan 1,000 usahawan baharu dalam usaha membangunkan ekonomi umat Islam di Malaysia. 

Syarikat milik bumiputera Islam ini bertekad membantu menjana peluang pendapatan dengan pelan pemasaran yang cukup efektif dan mudah.

Bukan hanya fokus jihad ekonomi, Qaseh Gold juga mengutamakan kepentingan kesihatan seisi keluarga dan akan memperkasakan lagi pemasaran sedia ada agar manfaatnya dapat dinikmati masyarakat seluruhnya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan usahawan


Qaseh Gold menawarkan 13 produk antaranya Qaseh Gold Junior, Qaseh Gold Adinda, Qaseh Gold Kekanda dan Qaseh Gold Premier


Menurut Pengasas Qaseh Gold merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan Ana Global Ventures (AGV) Hasniza Hassan, misi utama syarikat sempena melangkah ke tahun baharu adalah bagi melahirkan 1,000 usahawan baharu dengan minimum pendapatan RM2,000 sebulan pada tahun 2022 selain membina 100 jutawan Qaseh Gold dalam tempoh 3 tahun.  

“Apa yang terdetik pada hati saya, bagaimana saya sebagai seorang Muslim ingin menjayakan Qaseh dengan lebih meluas, supaya dapat membawa kembali fenomena Qaseh Gold yang dulu pernah melanda negara untuk membantu lebih ramai keluarga jadi sihat dan bahagia.

“Doakan misi kami untuk melahirkan 100 jutawan Qaseh dalam tempoh 3 tahun berjaya dicapai pada tahun 2024 nanti," kata Hasniza. 

Jelasnya lagi, sebagai permulaan beliau akan mengadakan sesi latihan khas untuk para stokis dan ejen. 

Fokus latihan adalah untuk membina minda positif, kepimpinan, jualan dan pemasaran termasuk pemasaran laman sosial dan jenama peribadi serta pengambilan dan pembinaan sistem ejen yang lebih kukuh.


Misi utama syarikat sempena melangkah ke tahun baru adalah bagi melahirkan 1, 000 usahawan baru dengan minima pendapatan RM2,000 sebulan 


Terdahulu, Malam Starvaganza 2021 Qaseh Gold diadakan di Hotel Mercure, Selayang, Selangor sebagai meraikan kejayaan dan usaha yang dijalankan pihak ejen dan stokis.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat, Panel Syariah Ana Global Ventures, iaitu Dr. Zaharuddin Abd Rahman  dan Prof. Madya. Dr. Azman Mohd Noor.

Sebanyak lapan anugerah utama dengan meraikan 117 penerima anugerah berlangsung pada Malam Stargavanza 2021 Qaseh Gold itu.

Qaseh Gold menawarkan 13 produk antaranya Qaseh Gold Junior, Qaseh Gold Adinda, Qaseh Gold Kekanda dan Qaseh Gold Premier. - KitaReporters


15
12
0
12
0

Copy Link: