Berita Terkini| Kes kematian COVID-19 meningkat! Bertambah 43.2% berbanding minggu sebelum ini!
Published byDr. Adham berkata, negara mengalami peningkatan kes kematian sejak minggu epidemiologi ke-12 . - Kredit foto: Malaysiakini.
SEBANYAK 136 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di seluruh negara pada minggu epidemiologi ke-18.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kes kematian itu meningkat 43.2 peratus berbanding minggu sebelumnya.
Beliau berkata, peningkatan itu adalah daripada purata 19 kes kematian yang berlaku setiap hari.
“Negara mengalami peningkatan kes kematian sejak minggu epidemiologi ke-12.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau kes kematian berkaitan Covid-19 selama enam minggu terakhir,” katanya yang dipetik oleh Malaysia Gazette, Isnin, 10 Mei 2021.
Sehingga 8 Mei 2021, sebanyak 393 kes dirawat di unit
rawatan rapi (ICU) dengan purata 355 orang bagi tempoh epidemiologi ke-18 dan mengalami
peningkatan sebanyak 15.3 peratus berbanding minggu sebelumnya.
Menurut Dr. Adham, sebanyak 210 pesakit memerlukan bantuan pernafasan sehingga 8 Mei 2021 dengan purata 192 pada minggu tersebut.
Peningkatan itu adalah sebanyak 30.6 peratus
berbanding minggu sebelumnya dan KKM memantau peningkatan penggunaan mesin
ventilator sejak minggu ke-11.
Minggu epidemiologi ke-18 adalah 2 hingga 8 Mei 2021, manakala minggu ke-17 adalah 25 April sehingga 1 Mei 2021.
Dalam perkembangan berkaitan Dr. Adham berkata, seramai 540 pesakit Covid-19 kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 300 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
Gambar hiasan... Pasukan perubatan bertungkus-lumus merawat pesakit yang dijangkiti Covid-19 di sebuah hospital.