Kasihan abang ojek! Penunggang motosikal pun boleh kena pukau!
Published byTULAR dalam media sosial di negara jiran, Indonesia satu video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang pemandu ojek (teksi motosikal) dipukau oleh seorang individu. Akibat kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Fikri Basuki kehilangan sebuah motosikal dan dompetnya. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan motosikal:
https://kitareporters.com/search?search=motosikal
Kejadian berlaku di kawasan Jalan Kyai Tapa, Grogol, Jakarta Barat.
Menurut Muhammad Fikri, dia telah menjadi mangsa pukau sehingga tidak menyedari sehingga menyerah begitu sahaja motornya kepada individi terbabit.
Inilah motor yang digunakan untuk mencari rezeki.
Dia turut meminta bantuan orang ramai dalam grup
Facebook, Group Driver Gojek Se Jabodetabek, sekiranya terjumpa motosikal
miliknya itu.
“Selamat siang, salam minta bantuannya ya abang-abangku. Saya kelmarin habis kena musibah dihipnotis (pukau) di Grogol Jalan Raw Bahagia. Motor dan seisi yang di dalam dompet dibawa lari sama pelaku.
“Minta bantuan untuk sebarkan. Sekiranya ada yang
terjumpa motor saya (pelakunya dengan ciri-ciri yang ada dalam gambar) boleh
terus menghubungi saya. Motor itu saya gunakan untuk mencari rezeki,” tulisnya.
Rakaman video tersebut juga menunjukkan dengan jelas
kejadian yang berlaku. Pelaku dilihat sempat turun lalu berjalan ke arah sebuah
persimpangan jalan.
Namun, tiba-tiba pelaku kembali lagi dan terjadi
perbincangan singkat. Seperti tanpa paksaan, mangsa menyerahkan begitu saja
motornya dibawa oleh pelaku.
Mangsa hanya melihat sahaja pelaku membawa lari motornya tanpa berbuat apa-apa.
Beberapa minit kemudian atau mungkin setelah sedar
daripada dipukau, mangsa dilihat berusaha mengejar pelaku yang telah membawa
lari motornya.
Rata-rata netizen bersimpati dengan kejadian yang menimpa Muhammad Fikri dan menyarankannya agar membuat laporan polis.
Ingatkan kejadian pukau ini berlaku di kaunter pembayaran
atau di kedai emas, rupa-rupanya atas motosikal pun boleh terjadi. Jadi,
berhati-hatilah ketika berdepan dengan seseorang yang kita tidak kenali. - KitaReporters
Sumber: Makassar_iinfo