KETIKA penduduk daerah lain di Terengganu dalam keadaan bimbang  berhadapan dengan situasi peningkatan kes COVID-19, masyarakat di Hulu Terengganu terus berada dalam keadaan tenang dan berwaspada menghadapi wabak berkenaan. Syabas penduduk Hulu Terengganu!!! : KitaReporters

Galeri Muzium Negeri Terengganu ditutup kepada pengunjung


Ini kerana penduduk Hulu Terengganu sehingga ini belum mencatatkan sebarang kes COVID-19 berbanding tujuh daerah lain di negeri ini yang terpaksa berjaga-jaga dan sentiasa mematui SOP yang ditetapkan kerajaan dalam kehidupan seharian. 

Sama seperti ketika penularan COVID-19 bermula Mac 2020 lalu, Hulu Terengganu tidak mencatatkan sebarang kes sejak PKP sehingga PKPP sekarang. Meskipun kes COVID-19 di Terengganu meningkat kepada 154 apabila lima kes baharu dilaporkan pada hari ini, Jumaat 9 Oktober 2020 dengan 36 kes aktif.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus, berkata lima kes baharu itu masing-masing dua di Besut,dan Kuala Terengganu, manakala satu kes di daerah Kuala Nerus.

Pertambahan lima  kes positif di Negeri Terengganu mengikut daerah ialah Besut  dua kes (Mukim Pelagat dan Pasir Akar) di Daerah Kuala Terengganu, dua kes  (Mukim Bandar dan Mukim Kubang Parit) manakala Daerah Kuala Nerus satu kes iaitu  Mukim Tepoh.  

Grafik status COVID-19 di Terengganu pada 9 Oktober 2020


Status COVID-19 mengikut mukim di Terengganu pada 9 Oktober 2020


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus


Kata Dr Nor Azimi, sejak Isnin 5 Oktober 2020 lalu, 16 premis diarahkan ditutup sementara untuk tujuan sanitasi bagi mengelakkan penularan penyakit.

Katanya, antara premis yang diarah tutup adalah sekolah, klinik swasta, kedai makan selain masjid dan surau, tabika, universiti, pejabat kerajaan dan galeri muzium negeri.

"Jabatan Kesihatan negeri juga mendapati ada premis ditutup, tetapi penutupan itu adalah inisiatif pemilik premis dan bukannya diarahkan Jabatan Kesihatan negeri," katanya dalam satu kenyataan.

Masjid Paya Resak di Marang masjid kedua ditutup selepas Masjid Ulul Albab Jertih akibat COVID-19 di Terengganu


Selepas Masjid Ulul Albab di Jertih, Besut diarah tutup sebuah lagi iaitu Masjid Kampung Paya Resak di Marang juga diarah  ditutup kerana terdapat pesakit COVID-19  telah menunaikan solat Jumaat di masjid itu pada 2 Oktober 2020 lepas.

Selain itu, Masjid Kampung Paya Resak di Marang juga turut ditutup mulai hari ini (9 Oktober 2020) kerana terdapat pesakit COVID-19  telah menunaikan solat Jumaat di masjid itu pada 2 Oktober lepas.

Masjid itu ditutup selama tiga hari hingga Sabtu (10 Oktober 2020) bagi membolehkan aktiviti nyahkuman (disinfeksi) dilakukan sepanjang proses penutupan  premis tersebut.

Sementara itu, Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Che Muhamad Azmi Ngah berkata sembilan galeri pameran di Muzium Negeri Terengganu ditutup bermula Sabtu 10 Oktober 2020 ini hingga Khamis 15 Oktober 2020 depan bagi kerja-kerja pembersihan dan aktiviti disinfeksi dilakukan.

Beliau berkata Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dekat Kampung Laut di Kuala Terengganu pula akan ditutup bermula hari ini, 9 Oktober hingga 15 Oktober 2020  depan bagi tujuan sama. - KitaReporters

0
4
3
0
0

Copy Link: