Anggota pasukan penyelamat mambawa jenazah ke tanah perkuburan Islam dengan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat. - Gambarf ihsan Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Terengganu


SUASANA sedih dan pilu menyelubungi keluarga jenazah warga emas dari  Kampung Seri Bayas, Setiu, Terengganu apabila perjalanan terakhir menuju ke tanah perkuburan tidak seperti biasa dan terpaksa menggunakan bot penyelamat pasukan keselamatan.

Kedaan tersebut berlaku berikutan laluan darat dinaiki air, sekali gus memaksa keluarga menyerahkan urusan berkenaan kepada Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan bot.


Lagi kisah-kisah duka berkaitan pengebumian


Penolong Penguasa Bomba daerah Setiu, Mohd Razli Rapiae berkata, pihaknya  menerima panggilan jam 10.15 pagi Sabtu 1 Januari 2021 berikutan kesukaran penduduk untuk membawa jenazah ke tanah Perkuburan Islam di Kampung Padang, Setiu berikutan jambatan Sungai Sri Bayas dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan biasa.

Warga emas berusia 86 tahun itu dilaporkan meninggal dunia di kediamannya malam Jumaat, 31 Disember 2021 akibat sakit tua dan telah disahkan oleh pihak kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, laluan ke tanah perkuburan di Jambatan Sri Bayas mula dinaiki air sejak awal pagi menyebabkan keluarga berkenaan mengalami kesulitan untuk membawa keluar jenazah.

Beliau berkata, pihak bomba dengan kekuatan 10 anggota dibantu oleh empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta empat anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) berjaya membawa jenazah tersebut ke tanah perkuburan dengan menaiki bot penyelamat," katanya.

“Operasi bermula jam 10.15 pagi itu tamat jam 11.50 pagi tanpa menghadapi sebarang  masalah,” katanya. 


Jenazah seorang penduduk diangkat dari bot untuk dibawa ke tanah perkuburan Islam


Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menerbangkan enam unit dron bagi memantau dan menilai paras air sungai terutama di kawasan yang berisiko dilanda banjir.

Pengarahnya Md Hilman Abd Rashid berkata, dron yang dilengkapi kamera inframerah (kamera pengimejan) itu dapat membantu pasukan penyelamat membuat pemantauan daripada udara pada jarak sejauh 10 kilometer.


Jenazah seorang warga emas terpaksa di bawa dengan bot kerana jambatan ditengelam banjir


Setakat ini, Terengganu mempunyai dua unit dron selain turut dibantu dengan kepakaran dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur di Wakaf Tapai, Marang serta JBPM Melaka dan JBPM Kedah

Katanya, dron-dron berkenaan mula diterbangkan pada Sabtu 1 Januari 2021 untuk memantau naik turun paras air di sesuatu kawasan itu.

"Apabila kita dapat laporan berlaku kenaikan air atau hujan lebat berterusan, pasukan dron akan ke sana untuk memantau dan membuat penilaian keadaan semasa,”katanya. - KitaReporters


Perjalanan terakhir jenazah seorang warga emas ke tanah perkuburan terpaksa menggunakan bot kerana laluan darat tidak boleh dilalui kenderaan

10
10
2
11
0

Copy Link: