Berita Terkini| Kapasiti PKRC seluruh negara tahap 60%! Nadma siap sedia pilihan lain jika penuh
Published byKEADAAN PKRC di Pengkalan Chepa Kelantan yang mampu memuatkan kira-kira 1,000 pesakit pada satu-satu masa.
KADAR kapasiti Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara ketika ini berada pada tahap 60 peratus.
Ketua
Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Dr Aminuddin Hassim
berkata, pihaknya sentiasa bersedia dengan beberapa pilihan sekiranya jumlah
pesakit di PKRC terus bertambah.
Menurutnya,
tumpuan khas diberikan di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi
seperti di Johor Bahru dan Lembah Klang bagi melihat keperluan untuk menambah
PKRC sedia ada bagi menampung pesakit Covid-19 terutama kategori satu dan
dua.
"Kita
akan pastikan ada ruang 20 peratus bagi setiap PKRC. Kalau dah sampai 80
peratus (kapasiti), kita akan cari pilihan tertentu. (Antara pilihan itu) kita
ada 360 Institut Latihan Awam Persekutuan (ILAP) di seluruh negara.
"Itu merupakan satu potensi, begitupun kebanyakan institut awam ini kita gunakan sebagai pusat kuarantin bagi mereka yang balik dari luar negara dahulu. Aset awam dipilih kerana boleh digerakkan secepat mungkin," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian di Ipoh pada Jumaat, 11 Jun 2021.
Beliau
berkata, buat masa ini kemudahan awam
digunakan bagi mengurangkan beban kerana kos untuk membiayai setiap pusat
kuarantin dan PKRC amat tinggi.
Dr. Aminuddin
menambah sekiranya berlaku keadaan agak kritikal di PKRC, Nadma akan
menggunakan pilihan berkenaan tetapi tidak melibatkan semua negeri dan
bergantung kepada kekuatan yang ada. -
KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter