Tahu tak? 26 Mac ialah Hari Ungu! Bagi sokong golongan epilepsi! Usaha beri kesedaran dan bantuan!
Published byRakyat India sedang meraikan Hari Ungu Sedunia yang disambut pada 26 Mac setiap tahun. - Gambar arkib: www.purpleday.org
Tahukah anda warga ungu adalah warna campuran antara biru dan merah serta mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan berbanding dengan warna-warna lazim seperti biru, merah, kuning, hijau dan sebagainya.
Setiap
tahun pada tanggal 26 Mac penduduk dunia akan meraikan Hari Ungu
Antarabangsa atau Sedunia (Purple Day) juga sebagai hari memperingati Hari Kesedaran Epilepsi atau Sawan.
Purple Day agak asing dan kurang disambut di negara kita berbanding Hari Epilepsi Sedunia yang disambut pada minggu kedua bulan Februari setiap tahun.
Lagi cerita-cerita pilu berkaitan pesakit penyakit sawan
Penduduk Afrika Selatan turut menyambut Hari Ungu Sedunia. - Gambar arkib: Facebook.
Cuma di sini, warna ungu itu adalah satu perlambangan dikaitkan dengan golongan epilepsi atau sawan (penyakit berkaitan saraf).
Kanada merupakan satu-satunya negara yang mengiktirafkan serta menyambut ulang tahun Hari Ungu Antarabangsa berdasarkan pelaksanaan akta Hari Ungu yang diperkenalnya sejak 28 Jun 2012.
Maka tidak hairanlah mengapa negara-negara lain tidak begitu mempedulikan sangat ulang tahun hari tersebut (Hari Ungu).
Persatuan Epilepsi Malaysia turut memberikan sokongan, kata-kata semangat serta ucapan ulang tahun Hari Ungu / Purple Day buat komuniti pesakit epilepsi khususnya dan rakyat Malaysia amnya.
Perkara yang lebih utama tentang Hari Ungu ialah tercetusnya idea oleh Cassidy Megan pada tahun 2008 yang memperjuang hidupnya sebagai seorang penghidap penyakit epilepsi.
Matlamat utama
beliau adalah mengajak orang ramai atau masyarakat setempat untuk menyampaikan
mesej atau memberikan maklumat yang tepat; dan membantu kehidupan mereka (pesakit
sawan) agar lebih positif selain
menangkis segala andaian atau tanggapan buruk atau mitos mengenai penyakit
tersebut.
Pada tahun kedua
(2009) ulang tahun Hari Ungu dilaporkan disertai seratus ribu pelajar, 95 golongan
pekerja dan 116 ahli politik yang mengambil bahagian dalam acara ulang
tahun bersejarah itu.
Sejak itu, jumlah penyertaan peserta dikatakan semakin meningkat dan sepuluh tahun kemudian Hari Ungu turut diraikan bersama World Disney dan dibiayai oleh Yayasan Pusat Epilepsi, Florida, Amerika Syarikat.
Terkini
(2019), Hari Ungu turut disambut
lebih 100 buah negara seperti India, Australia, Afrika Selatan, Jepun,
Britain dan Amerika Syarikat.
Apa yang menarik, setiap peserta akan memakai pakaian, topi, kasut, stokin rambut dan lain-lain berwarna ungu.
Ia amat menyeronokkan serta mempamerkan soladariti antara peserta dalam memberikan sokongan dan bantuan kepada golongan pesakit epilepsi.
Warga ungu juga merupakan warna bunga lavender yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai warna rasmi bagi epilepsi. Selamat menyambut Hari Ungu. - KitaReporters
Sumber:
https://purpledayeveryday.org/event/purple-day-epilepsy-awareness-around-world/
Dayoftheyear.com
https://www.purpleday.org/