Video| Suami isteri mati hidup semula! Kereta jatuh ke laut ketika naik feri! Akibat tali terputus!
Published byKERETA pasang suami terjatuh ke dalam laut ketika kenderaan itu menaikki feri di Dermaga Dua Perlabuhan Merak, Banten, Indonesia. - Kredit foto: Kompas.com
SEPASANG suami isteri seolah-olah mati hidup semula apabila kereta mereka naiki terjunam ke dalam laut ketika kenderaan itu sedang beratur memasuki feri di Dermaga Dua Pelabuhan Merak, Cilegon, Banten, Indonesia pada 23 Disember 2022 lalu.
Bagaimanapun dalam kejadian yang berlaku pada pukul 9.45 malam, pasangan suami isteri terbabit, Yuniato Pramono dan Natasha Rosa berasal dari Depok dalam perjalanan ke Palembang berjaya diselamatkan oleh petugas-petugas di pelabuhan itu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penggunaan feri
SUASANA orang ramai di lokasi kejadian di Pelabuhan Merak, Banten, Indonesia. - Kedit foto: Liputan 6.com
Insiden itu berlaku dipercayai akibat kecuaian petugas yang mengendalikan feri tersebut ketika kejadian.
Tribunnews.com dipetik melapor bahawa kelalaian yang
dilakukan petugas di pintu masuk feri berkenaan dikatakan berpunca tali yang mengikat di feri itu terputus lalu menyebabkan
pengangkutan air itu bergerak sebelum
kereta mangsa terjatuh ke dalam laut.
Melihat kejadian itu, empat petugas pelabuhan yang berada di lokasi tersebut dengan serta merta terjun ke laut untuk menyelamatkan pasangan suami isteri itu.
Seorang saksi yang melihat kejadian berkata, pada mulanya bahagian hadapan (bonet) kereta itu tenggelam semasa kenderaan mangsa terjatuh ke dalam air.
Dia berkata, suaminya keluar sendiri dari keretanya manakala isterinya yang hampir lemas itu diselamatkan oleh petugas gabungan pelabuhan itu.
’Petugas membuka pintu kereta mangsa untuk menarik tangan isterinya sebelum dibawa ke daratan dan ketika itu kereta mangsa masih berada di permukaan air serta terapung-apung,’’ katanya.
Kredit foto : KumparanNews
kredit foto : Kompas.com
Sementara itu, Kompas.com turut melaporkan, Menteri Perhubungan Indonesia, Karya Sumadi berkata syarikat berkenaan yang mengendalikan perkhidmatan feri itu patut bertanggungjawab dengan kejadian tersebut.
Beliau meminta syarikat terbabit membayar ganti rugi dan menanggung kos rawatan kedua-dua mangsa akibat kejadian itu.
Karya Sumadi berkata pengurusan syarikat tersebut juga perlu menguruskan semua keperluan yang dikehendaki pasangan suami isteri itu kerana kejadian berkenaan adalah berpunca kecuaian petugas feri.
PELAMPONG diikat kepada kereta mangsa sebelum dibawa ke daratan. - Kredit foto: detik.com
‘’Saya berharap pengurusan syarikat feri itu mengkaji semula atau membaiki perkhidmatan yang sudah uzur agar kejadian yang sama tidak berulang lagi pada masa akan datang,’’ katanya lagi.
Kereta Yuniato Pramono yang terjatuh ke dalam laut itu berjaya dibawa ke daratan pada pukul 1 tengah hari 24 Disember 2022 dengan menggunakan 10 biji pelampong yang diikat pada kenderaan itu. - KitaReporters
Kredit foto : Istimewa
habis