Terbaiklah Coca-Cola Malaysia! Kempen Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa! Hari Pembersihan Sedunia!
Published bySebagai peneraju pemuliharaan alam sekitar, Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn. Bhd. (CCBM) baru-baru ini telah menjalankan satu kempen pembersihan pantai di Malaysia.
Menerusi kerjasama dengan organisasi-organisasi tersohor, syarikat minuman terbesar di dunia itu memperjuang usaha kelestarian selari dengan inisiatif Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa (ICC), bersempena Hari Pembersihan Sedunia (WCD) 2023.
Menyedari betapa pentingnya untuk memerangi pencemaran plastik, CCBM telah menggerakkan lebih 60 sukarelawan daripada unit sukarelawannya, SiMaju Kindness Crew untuk membersihkan dua pantai tempatan yang terkenal, iaitu Desaru Offshore Fishing di Kota Tinggi, Johor, dan Pantai Saujana di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Menerusi inisiatif tersebut, lebih 1.4 tan serpihan marin telah dibersihkan dari dua pantai yang indah tersebut.
Usaha pembersihan tersebut turut membuahkan hasil yang memberangsangkan, di mana para sukarelawan berjaya mengumpulkan lebih 1,400 kg sisa iaitu kira-kira 4,900 barang buangan seperti bekas polisterin, cawan plastik, pinggan plastik dan puntung rokok.
“Usaha itu mencerminkan komitmen teguh kami untuk memacu perubahan positif dan membudayakan amalan lestari.
"Sebagai peneraju dalam industri, kami sedang giat berusaha ke arah visi World Without Waste, serta mengurangkan kesan sisa plastik ke atas lautan kita yang tidak ternilai,” kata Khairul Anwar Ab Gahani, Pengarah Perhubungan Awam, Komunikasi dan Kelestarian, Coca-Cola Bottling Investments Group bagi pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei.
Tahun ini (2023), CCBM telah berpadu tenaga dengan Reef Check Malaysia untuk tahun kelima berturut-turut.
Selain itu, ia turut menjalinkan kerjasama dengan institusi-institusi seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor dan Kolej Komuniti Rembau Port Dickson, SWM Environment, dan Majlis Perbandaran Pengerang, bagi memerangi pencemaran plastik dan membawa perubahan yang ketara.
“Kami kekal komited terhadap pengurusan sisa yang bertanggungjawab, dengan memastikan barangan kitar semula dikendalikan dengan betul.
"Di CCBM, kami yakin bahawa menangani krisis sisa pembungkusan plastik global amat menuntut kerjasama erat dalam kalangan pihak berkepentingan industri, agensi kerajaan dan masyarakat sivil.
"Langkah proaktif kami menonjolkan dedikasi kami untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian,” kata Khairul. - KitaReporters/Kenyataan Media