PERKEMBANGAN isu virus korona (Koronavirus) yang hangat diperkatakan sejak kemunculannya akhir Disember 2019 lalu di seluruh dunia hingga menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Bangsa Bangsa Bersatu (WHO) beranggapan antara penyakit yang serius dan perlu diberikan perhatian semua pihak. : KitaReporters.com.

Kredit foto Reuters.


Malahan dalam perkembangan kemunculan virus yang dikatakan terbaru 2019 Novel Koronavirus (2019-nCov) ini kita tidak tahu siapakan orang sebenar yang menemuinya sama ada Dr Li Wenliang, 34, mengetahuinya pada awal Disember 2019 atau ada individu lain terlebih dahulu menyedari kewujudannya.

Dr. Li seorang pakar oftalmologi (mata) di Hospital Wuhan, China menyebarkan maklumat Koronavirus ini pada 30 Disember 2019 melalui online sebagai amaran berjaga-jaga kepada rakan-rakan doktor yang lain dan orang ramai mengenai kemunculan virus baharu (novel) berkenaan.

     

Dr. Li Wenliang yang menyebarkan maklumat Koronavirus melalui online sebagai amaran berjaga-jaga kepada doktor dan orang ramai. - Foto PeoplesDaily China. 


Bagaimanapun beliau yang terpaksa dikuarintin kerana disyaki terkena jangkitan Koronavirus berkenaan dilaporkan turut terkorban pada awal pagi Jumaat, 7 Februari 2020 mengikut waktu tempatan Wuhan oleh media Peoplesdaily China dan WHO.

Seorang pensyarah di Universitas Gajah Mada (UGM) di Jakarta, Indonesia, Doktor M. Saifudin Hakim dalam satu artikel yang tular dalam portal media Hajinews.id pada Khamis, 6 Februari 2020 berkata, virus mirip seperti Koronavirus ini pernah ditemui oleh seorang doktor keturunan Mesir pada tahun 2012.

Beliau yang merupakan pensyarah di Fakuliti Kedoktoran UGM memperolehi maklumat tersebut melalui Ruangan Kesihatan Muslim yang dieksesnya di https://kesihatanmuslim.com. 

Profesor Dr Ali Mohamed Zaki di makmal beliau di Hospital Dr Soliman Fakeh di Jeddah, Arab Saudi. - Foto Hajinews.id.


Ilmuwan Muslim berkenaan ialah Profesor Dr Ali Mohamed Zaki PhD (virologis) dari Hospital Dr. Soliman Fakeeh di Jeddah, Arab Saudi.

Dr Ali Mohamed Zaki memuatkan laporan maklumat virus yang ditemui itu dalam salah satu journal perubatan terkemuka dunia, The New Engaland Journal of Medicine (NEJM) pada Oktober 2012 bersama beberapa ilmuwan bahagian virologist dari Belanda.

Pada ketika itu, beliau melaporkan salah seorang pesakit yang dirawatnya berumur 60 tahun menghidap gejala demam, batuk dan susah bernafas.

Hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan menunjukkan pesakit berkenaan mengalami simptom serangan virus pada bahagian paru-paru.

Kredit foto Independent.co.uk.


Bagaimanapun pesakit berkenaan kemudiannya meninggal dunia sekalipun diberikan rawatan intensif.

Kata Dr M. Saifudin, hasil pemeriksaan yang dijalankan di Hospital Soliman Fakeh di Jeddah tidak dapat  memastikan jenis agen yang menyebabkan simptom virus menyerang bahagian paru-paru pesakit berkenaan.

Kemudinnya sampel virus daripada pesakit yang meninggal dunia itu dihantar ke Jabatan Laborratorium Viruscience, Erasmus Medical Center (EMC) Rotterdam di Belanda yang merupakan salah satu makmal virologi terkemuka dunia.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan di makmal berkenaan dapat diketahui punca yang menjadikan pesakit tersebut menghadapi masalah paru-paru kerana jangkitan virus baru daripada jenis Koronavirus.

Kerana kali pertama virus itu ditemui di EMC ia kemudian dinamakan HCoV EMC (Human Corona Virus Erasmus Medical Centre).

Analisis menunjukkan bahawa virus HCoV EMC ini berkait rapat dengan Koronavirus yang ditemui pada kelawar (bat coronavirus iaitu BatXov-HKU5 dan BatCov-HKU4).

Bagaimanapun ketika ini belum diketahui bagaimana cara atau mekanisma penularanya kepada manusia.

Sekarang ini, setiap ilmuwan seluruh dunia yang membincangkan atau menerbitkan bahan berkaitan virus MERS-CoV akan merujuk kepada artikel NEJM yang ditulis oleh Profesor Dr Ali Mohamed Zaki berkenaan. 

Dengan keadaan yang ada ini, semoga Allah S.W.T dapat memberi pedoman untuk jalan keluar atau mengatasi masalah Koronavirus yang hampir menyamai virus SARS dan MERS, yang sudah menular ke sejumlah 16 buah negara termasuk Malaysia.

Masyarakat dewasa etenik Ughyur sewaktu berada di salah sebuah bandar di Xinjiang.- Foto Google,Com.


Kedudukan kawasan berwarna hijau merupakan tempat etenik Uyghur yang sebahagian besarnya beragama Islam. - Foto Google.Com


Sementara itu, melalui media sosial Hajinews.id yang dihantar oleh Hanny Kristianto dari Pusat Mualaf Indonesia, di Xinjiang, China pada Jumaat, 7 Februari 2020 berkata, sehingga ini belum ada etnik Uyghur beragama Islam terkena jangkitan Koronavirus berkenaan.

Katanya, keadaan ini agak mengejutkan mungkin kerana warga Muslim Uyghur sentiasa menitikberatkan penjagaan kebersihan seperti mencuci tangan, kaki dan muka melalui kaedah berwudhu. 

Malahan menurutnya, konsep menjaga kebersihan yang diamalkan juga adalah seperti disarankan oleh WHO.

Team Dai dari Indonesia ini berjaya memasuki Xinjiang dan berjumpa dengan masyarakat Islam Uyghur untuk menyampaikan bantuan secara terus kepada masyarakat berkenaan.

Para pelajar etnik Ughyur mengikuti kelas pengajian ilmu agama di salah sebuah kolej di wilayah Xinjiang,China. - Foto Google.Com. 


Beliau diberitahu oleh masyarakat Islam Ughyur yang ditemui bahawa sehingga ini belum ada etnik Uyghur di Xinjiang yang terkena Koronavirus, sebaliknya mereka yang terlibat terdiri daripada etnik keturunan Han.

Katanya, dahulu China melarang rakyatnya memakai hijab dan niqab, tetapi hari ini mahu tidak mahu rakyat China terpaksa berhijab dan berniqab. - KitaReporters.com

2
0
0
0
0

Copy Link: