Mak nyah vs khunsa! Wujudkan kolum khusus bagi bayi khunsa!
Published byISU kecelaruan identiti seperti mak nyah atau pondan dan khunsa masih lagi menjadi isu sensitif yang hingga kini masih ramai tidak faham mengenainya. Mak nyah atau pondan adalah lelaki yang menyerupai dan berperwatakan wanita. Manakala khunsa pula adalah orang yang mempunyai dua alat kelamin. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan khunsa
https://kitareporters.com/search?search=khunsa
Umum sedia maklum, isu mengenai Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) di Malaysia sangat sensitif. Sebagai sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam, Malaysia tidak boleh menerima gaya hidup kelompok ini yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Berlainan dengan khunsa, golongan ini kurang
menonjol berbanding mak nyah, tetapi kewujudannya tidak boleh diketepikan kerana
mereka juga ada hak untuk menjalani kehidupan seperti orang lain.
Gambar Hiasan - Sumber: Google Image
Daripada sudut agama Islam pula, khunsa diterima baik
kerana ia kejadian Allah SWT dan bukan sengaja diada-adakan. Cuma,
kadang-kadang wujud gologan khunsa yang membesar tidak selari dengan nalurinya
kerana sejak bayi lagi, jantinanya sudah ditentukan oleh ibu bapanya.
Sama ada mak nyah atau khunsa, kedua-duanya perlu
diuruskan dengan baik. Justeru, perlu ada kerjasama dan perbincangan daripada
pelbagai pihak yang berkaitan terutama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Agama).
Inilah yang dikongsikan oleh Menteri di
Jabatan
Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam media sosial
miliknya.
Antara cadangan Dr Zulkifli mewujudkan kolum khas untuk golongan khunsa dalam sijil kelahiran.
Pertemuannya dengan Pesuruhjaya
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), antaranya membincangkan
mengenai isu khunsa.
“Saya menerima kunjungan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada pagi ini. Beberapa isu sempat dibincangkan terutamanya berkaitan dengan hak asasi manusia dari sudut agama.
“Antara cadangan saya bagi isu khunsa adalah
keperluan wujudnya kolum khusus dalam sijil kelahiran bagi kes bayi khunsa.
“Segelintir kes kelahiran bayi khunsa, mereka telah “ditentukan” jantina lebih awal oleh ibu bapa mereka melalui pembedahan sejak bayi,” tulisnya.
Menurut Dr Zulkifli lagi, tindakan menentukan
jantina bayi khunsa terlalu awal adalah tidak tepat dan selari dengan kaedah
Islam.
Memandangkan teknologi dalam bidang perubatan
semakin maju, cara lama ini perlu diubah bagi memberi hak kepada golongan
khunsa menentukan pilihan jantina mereka sendiri.
“Hal inilah yang kurang bertepatan dengan Islam kerana bayi-bayi ini ada hak mereka dari sudut penetapan jantina apabila mereka melangkah usia akil baligh.
“Imam Al-Nawawi ada menggariskan beberapa kaedah
penentuan jantina bagi kes khunsa musykil. Apatah lagi zaman moden sekarang, ia
lebih mudah dengan adanya kemajuan bidang perubatan.
“Terima kasih saya ucapkan kepada SUHAKAM atas
kunjungan hormat ini. JPM (Hal Ehwal Agama) sedia memberikan kerjasama penuh
terutama bagi melibatkan hal ehwal Islam,” cadangnya.
Pertemuan antara Dr Zulkifli dan pihak SUHAKAM bagi membincangkan hak asasi manusia dari sudut agama.
Semoga cadangan daripada Dr Zulkifli ini berjaya
direalisasikan agar tidak ada pihak (mak nyah) yang menyalahgunakan status ‘khunsa’
untuk menghalalkan gaya hidup songsang mereka. - KitaReporters