Apa nak jadi! Mulanya struktur konkrit hempap van! Ini besi kren gantri pula jatuh atas kereta
Published byInsiden kemalangan struktur besi 'kren gantri' terjatuh atas sebuah kenderaan yang melalui kawasan projek pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur. - Kredit foto netizen.
TIDAK mengambil ikhtibar daripada kemalangan yang pernah berlaku sebelum ini telah membuat ramai warga net terutama penguna-penguna kenderaan yang melalui projek-projek lebuh raya bertingkat yang banyak di ibu negara dan kawasan persekitarannya setiap hari telah menimbulkan kemarahan, aduan serta komen mengenai kesulitan dan keselamatan laluan di bawah projek-projek tersebut.
Terbaharu dan lebih malang lagi apabila laluan keluar masuk menuju ke sebuah kondominium di Persiaran Alam Damai, Cheras berdekatan projek Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) terjejas dan dihalang runtuhan batu konkrit dan besi susulan berlaku kemalangan komponen besi kren terjatuh di atas sebuah kereta pada awal pagi 22 Mac 2021.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kemalangan:
https://kitareporters.com/search?search=kemalangan
Antara komen-komen warganet yang tidak berpuas hati tentang projek-projek lebuh raya bertingkat seperti Lebuh Raya SUKE kerana boleh mendatangkan kecelakaan dan kemalangan kepada orang ramai yang melalui di bawah projek laluan tersebut.
Satu lagi kemalangan maut yang sama berulang kembali apabila struktur besi kren gantry launcher terjatuh lalu menghempap atas sebuah kereta yang melalui jalan di bawah tapak pembinaan Lebuh Raya SUKE berdekatan Persiaran Alam Damai, Cheras.
Tiga pekerja binaan telah maut, manakala seorang pengguna jalan warga tempatan turut cedera di lokasi kejadian.
Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd (ProLintas) yang merupakan pemaju bagi projek pembinaan SUKE telah mengesahkan kejadian kemalangan yang berlaku pada jam 8 pagi ketika orang ramai sedang sibuk keluar bekerja.
Sebuah kenderaan yang remuk di bahagian hadapan akibat ditimpa komponen besi kren gantri, sekali gus menyebabkan pemandu kereta tersebut mengalami cedera parah. - Kredit fofo akaun: FB SUKE Highway.
Seorang pekerja binaan warga China tersepit di celah-celah konkrit besi projek Lebuh Raya SUKE di Persiaran Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur. - Kredit foto: FB SUKE Highway.
"Siasatan awal pihak kami mendapati tiga orang pekerja pembinaan warga China telah meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang pemandu kenderaan cedera parah dalam kejadian tersebut.
"Maklumat awal kejadian adalah berpunca apabila salah
satu dari komponen kren gantri terjatuh dan pihak kami sedang melakukan
siasatan terperinci," menurut kenyataan ProLintas.
Menurutnya, ekoran kejadian itu, pasukan Emergency Response Team SUKE bersama anggota bomba telah menutup laluan di kedua-dua arah bagi melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Bandar Tun Razak dan Hang Tuah, Kuala Lumpur sedang melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa di lokasi kejadian. - Kredit foto: FB SUKE Highway.
Sementara itu, seramai 25 anggota bomba dari Bandar Tun Razak dan Hang Tuah telah dikejarkan ke lokasi kemalangan.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dua
mangsa dikatakan terjatuh dari ketinggian 36 meter (120 kaki) dan disahkan
meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, seorang lagi mangsa tersangkut di tapak pembinaan,
manakala seorang lagi mangsa dipercayai pemandu kereta mengalami kecederaan parah.
Dalam perkembangan lain, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri
Fadillah Yusof turut ditanya oleh media mengenai kejadian komponen besi kren yang
terjatuh menghempap sebuah kenderaan dan juga kematian pekerja binaan yang terbunuh
dalam insiden itu.
“Kenapa tidak tutup jalan, kalau ada struktur besi atau komponen berat
yang perlu dialihkan di projek pembinaan jalan raya atau lebuh raya?" soal Datuk
Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian tersebut
dan mengingatkan prosedur operasi
standard (SOP) ketat yang perlu diikuti setiap kontraktor agar
mengutamakan keselamatan pekerja dan orang awam.
Pada 3 Mac 2021 lalu, kita dikejutkan satu kemalangan maut
membabitkan sebuah lori treler yang melanggar perancah besi di tapak pembinaan Lebuh Raya SUKE di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur.
Dalam kejadian tersebut yang dilaporkan berpunca daripada pemandu yang disyaki mengambil bahan terlarang, dua orang wanita telah terbunuh dan tiga lagi mengalami kecederaan apabila van pekerja yang dinaiki mereka telah dihempap runtuhan konkrit dan besi jejambat itu. - KitaReporters
Sumber:
https://www.msn.com/en-my/news/berita/jalan-perlu-ditutup-jika-alih-struktur-berat-fadillah/ar-BB1ePc9P
https://mykmu.net/2021/03/22/kren-rebah-lagi-di-suke-2-maut-2-parah/