PKPD: Bantuan bersasar RM420,000! Untuk penduduk daerah Kuala Terengganu, mukim Kuala Berang!
Published byPENDUDUK dua lokaliti di Terengganu yang dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan menerima bantuan secara bersasar bagi meringankan beban hidup yang dialami dalam tempoh perintah berkenaan.
Penduduk terbabit adalah dari kawasan Daerah Kuala Terengganu membabitkan 21 mukim yang dikenakan PKPD bermula 30 Mei 2021 hingga 12 Jun 2021 dan penduduk di Mukim Kuala Berang, Hulu Terengganu yang dikenakan PKPD mulai 29 Mei hingga 11 Jun 2021.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebanyak RM420,000 akan disalur bagi meringankan beban mereka yang terjejas susulan penguatkuasaan PKPD.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PKPD
"Sebelum ini, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan bantuan bersasar buat 15 mukim di daerah Besut yang turut dikenakan PKPD sebanyak RM400,000," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu 29 Mei 2021.
Sementara itu, Ahmad Samsuri turut menyeru seluruh masyarakat Terengganu untuk kekal bertenang dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) selepas pengumuman pelaksanaan 'total lockdown' (sekatan penuh pergerakan) yang akan bermula pada 1 hingga 14 Jun.
Ahmad Samsuri Mokhtar (kanan) ketika meninjau SJR di daerah Besut
Beliau menasihati
rakyat supaya berganding bahu dan bersatu dalam memutuskan rantaian COVID-19.
"Usah kita menuding jari sehingga mencetuskan suasana yang tidak harmoni, teruskan bermunajat kepada Allah dan berdoa agar ujian ini segera berakhir dan kehidupan kita kembali normal seperti biasa," jelasnya.
Untuk rekod, keputusan 'lockdown' diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Mei 2021 selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes dalam negara. - KitaReporters