Tahniah Dato Aliff Syukri!! Sikap berbesar hati dan mengakui kesilapan lalu harus dipuji. Masih ingatlkah lagi testimoni topeng muka yang dilakukan oleh Dato Aliff yang bocor dan ditularkan dalam media sosial baru-baru ini? Alhamdulillah, kini sudah selesai. : KitaReporters

Dato Aliff Syukri dengan produknya yang telah diberikan penambahbaikan secara teliti


Menerusi video rasmi Dato Aliff Syukri yang dimuat naiknya, beliau memohon berbanyak maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan netizen di atas keterlanjuran mempromosikan produk berupa topeng muka yang tidak berkualiti dan bocor

Dalam video itu dia telah bersumpah atas nama Allah bahawa produk itu belum lagi dijualnya kepada masyarakat walaupun seunit pun dan hanyalah bermotifkan pre-order (pratempahan) sahaja

Katanya produk yang diuar-uarkan itu hanyalah untuk melihat respons positif atau negatif daripada netizen berkaitan dengan kualiti dan ketahanannya sebelum dijual kepada umum

Dia yang terkesan dengan kecaman bertubi-tubi sehingga menjejaskan perniagaan dan menimbulkan persepsi buruk terhadap produk serta dirinya lantas mengambil langkah untuk bermohon maaf secara terbuka melalui platform media sosial miliknya. 

Ikuti luahan dalam posting miliknya yang kesal dengan tindakannya. 


"Saya amat sedih ketika ini kerana saya dihentam oleh pelbagai pihak. 

"Sebenarnya isu video live mask yang bocor itu tidak disangka oleh saya dan saya hanya membuat pre-order sahaja sedangkan benda ini tidak dijual sama sekali. 

"Semoga perkongsian yang saya sharekan pada video ini dapat menjelaskan pada situasi yang sebenar. 

"Saya juga hanya insan biasa dan lemah serta saya ingin memohon beribu kemaafan dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

"Di sini, saya ingin tekankan kepada anda semua bahawa mask tersebut saya tidak jual langsung kepada orang sama sekali."



Luahan Dato Aliff melalui posting di FB


Tambahnya, dia amat prihatin dengan kecaman netizen untuk memperbaiki dan menambah baik produk topeng mukanya yang telah disalahertikan sehingga menyebabkan seluruh produk dan videonya dikecam. 

Justeru, kali ini, Dato Aliff sekali lagi menguji produknya yang terbaru setelah diberi penambahbaikan yang rapi dengan segelas cawan berisi air

Kali ini keputusan kondisi topeng muka tersebut memihak kepada produknya yang tidak bocor dan dianggap telah berjaya serta bakal diedarkan ke kedai-kedai dan farmasi setelah mendapat persetujuan darinya. 

Oleh yang demikian, Dato Aliff akan menghadiahkan 1,000 unit topeng muka kepada yang memerlukan dan kurang upaya sebagai tanda memohon maaf di atas kesilapan dan keterlanjuran yang berlaku

Selain itu, dia juga berjanji, bermula dari hari ini, dia akan bersedekah kepada Lembaga Zakat dengan nilai jumlah wang yang dirahsiakan sebagai tanda kekesalan terhadap apa yang sudah berlaku sebelum ini.

Permohonan maaf kepada netizen berikutan kesilapannya mempromosikan topeng muka bocor yang diviralkan tempoh hari.


"Saya on behalf dari diri saya memohon maaf yang mana sebelum ini memberikan masalah kepada anda. 

"Saya hanyalah untuk berniaga memperjuangkan ejen saya, stokis saya dan pekerja saya yang ada hampir 200 orang untuk mencari rezeki. 

"Sumpah dengan nama Allah topeng muka ini (topeng muka sebelumnya) saya tidak menjual ya sama sekali, saya hanyalah baru membuat pre-order sahaja untuk melihat respons dari masyarakat," katanya di dalam video terbaru. - KitaReporters

5
3
1
6
0

Copy Link: