Video| Pengunjung terkejut! Pawang ular digigit ular pemeliharaannya ketika buat persembahan!
Published byDUA pembantu Alwi berusaha melepaskan ular yang sedang mengigit lengan mangsa. - Kredit Foto :Merdeka.com
PARA pengunjung pasar raya yang menyaksikan persembahan ular yang dilakukan oleh seorang pawang ular di Q Mall Banjarbaru, Kalimatan Selatan, Indonesia pada Ahad malam, 20 Jun 2021 lalu terkejut apabila pawang ular itu dipatuk oleh ular pemeliharaanya sendiri.
Kejadian terbabit berlaku ketika pawang ular itu yang bernama Alwi sedang menunjukkan aksinya bersama seekor ular miliknya kepada orang ramai tanpa dinyatakan spesiesnya sepanjang tiga meter di Q Mall tersebut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ular
ALWI bersama pembantunya sedang beraksi mengadakan persembahan ular di Q Mall Banjarbaru, Kalimatan Selatan. - Tribunnews.com
Namun secara tiba-tiba ular berkenaan mematuk lengan Alwi yang dipercayai kerana haiwan tersebut marah akibat kelaparan setelah didekati seorang pengunjung di pasar raya yang terbesar di Banjarbaru itu.
Ular yang dikatakan mematuk mangsa itu dipercayai ialah ular tedung senduk.
Kredit Foto : Kompas.com
Orang ramai yang berada di Q Mall ketika itu amat terkejut dan menjadi kecoh dengan kejadian tersebut yang melibatkan seorang pawang ular digigit oleh ular pemeliharaannya sendiri.
Awalnya dua pembantunya berusaha melepaskan ular itu yang sedang mengigit lengan Alwi sebelum mangsa dihantar ke klinik Q Mall, tetapi lukanya terlalu parah dan berdarah akibat gigitan ular yang berbisa itu menyebabkan pawang berkenaan terpaksa di hantar ke Hospital Ratu Zalecha, Martapura untuk mendapat rawatan selanjutnya.
ORANG ramai yang berada di Q Mall menjadi kecoh berikutan pawang ular digigit oleh ular pemeliharaannya sendiri. - Kredit Foto : Merdeka.com
Kompas.com pada 21 Jun 2021 lalu dipetik melaporkan, selepas kejadian itu ia menjadi viral dalam media sosial dengan beberapa video yang dirakamkan oleh pengunjung di situ.
Pengurus Q Mall, Andi Indra berkata berikutan dengan insiden itu, pihaknya telah menghentikan persembahan ular terbabit.
Beliau berkata, kejadian itu disebabkan kecuaian pemilik ular itu ketika beraksi dengan haiwan itu di khalayak ramai.
Kredit foto: Kompas.com
``Sepatutnya pawang itu memberi makan secukupnya kepada ular-ularnya sebelum melakukan pameran dan kemungkinan haiwan itu berada dalam keletihan dan kelaparan selepas beberapa kali melakukan aksinya dalam pameran tersebut.
``Ia apatah lagi didekati seorang pengunjung yang tidak dikenali menyebabkan haiwan itu marah lalu mengigit tuannya sendiri,’’ kata Andi. - KitaReporters
ULAR cobra atau tedung senduk yang dipercayai mengigit Alwi semasa membuat persembahan di Q Mall.- Kredit foto: Facebook