Gambar hiasan... Gotong royong menyembelih lembu korban Aidiladha


TERENGGANU meluluskan sebanyak 3,143 permit penyembelihan ternakan kepada penduduk negeri itu untuk melakukan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun 2022.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu, Dr. Anun Man berkata, permohonan pendaftaran penyembelihan itu bertujuan memastikan ternakan yang sihat sahaja disembelih dan mengurangkan risiko berlakunya kejadian wabak penyakit ternakan selepas musim perayaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Hari Raya Aidiladha

Dr Anu Man


Katanya, permit yang diluluskan tersebut membabitkan penyembelihan lembu sebanyak 2,823 ekor, kerbau (24 ekor) dan kambing sebanyak 133 ekor.

Menurutnya, kelulusan tersebut juga termasuk 891 permit pemindahan ternakan yang diluluskan iaitu 1,945 ekor lembu, kerbau (26 ekor) dan 19 ekor kambing

“Semua ternakan yang mendapat permit itu telah menjalani proses saringan kesihatan dan selamat dimakan,” katanya.

Menurutnya, JPV telah membuka permohonan permit sembelihan dan pemindahan ternakan itu yang dibuka di seluruh negeri ini sehingga Khamis 7 Julai 2022 lalu.


Gambar hiasan... Orang ramai menyaksikan pameran lembu sado 


Beliau berkata, bilangan penyembelihan ternakan untuk ibadah korban di luar rumah sembelih juga meningkat pada tahun 2022 ini berbanding ketika penularan pandemik COVID-19, dua tahun lalu.

“Kita juga nasihatkan orang ramai yang melaksanakan ibadah korban itu untuk mematuhi peraturan-peraturan lain yang ditetapkan oleh JPV,” ujar beliau.

Dalam masa yang sama, Dr Anun bekalan lembu untuk ibadah korban di negeri ini juga mencukupi sempena Hari Raya Aidiladha pada Ahad, 10 Julai 2022. - KitaReporters


Lembu yang hendak dijadikan korban sempena Aidiladha hendaklah dibersihkan

10
15
1
13
0

Copy Link: