Berhati-hati! 300 kawasan hotspot banjir di Terengganu dikenal pasti di 8 daerah! Bomba dah bersedia!

Published by
KitaReporters

Anggota Bomba Dan Penyelamat Terengganu membuat pemantauan di kawasan yang dinaiki air.Kredit Foto: JBDP Terengganu


JABATAN Bomba Dan Penyelamat (JBDP) Terengganu mengenal pasti sebanyak 300 kawasan dari lapan daerah di negeri tersebut sebagai ‘hostpot’ banjir sepanjang tempoh Monsun Timur Laut

Pengarahnya, Md Hilman Abd Rashid berkata, kawasan berisiko itu ditentukan berdasarkan lokasi yang pernah mengalami banjir dan dianggap berisiko untuk berlaku pada masa akan datang.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan kejadian-kejadian banjir

Md Hilman Abd Rashid


Katanya, dalam keadaan sekarang, semua balai dan anggota bomba sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan rondaan rutin dilakukan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku pihaknya mempunyai kekuatan 833 anggota bomba bersama aset dan logistik untuk operasi pemindahan yang kita ada sudah memadai.

Menurutnya, sebanyak 37 lokasi terutama membabitkan kawasan rendah dan berhampiran muara sungai turut dikenal pasti berisiko dilimpahi air sekiranya berlaku fenomena air pasang besar berserta hujan lebat.


Kebanyakan paras air di sungai utama seluruh Terengganu kini dinaiki air


Sementara itu, Md Hilman berkata, walaupun keadaan air sungai di Hulu Terengganu dilihat semakin menurun namun pihaknya tetap berada dalam bersiap sedia kerana kemungkinan paras air boleh kembali meningkat.

"Kita dapati mangsa banjir sekarang kejap naik kejap menurun, hujan tidak menentu sekarang. Oleh itu saya menasihati penduduk supaya berpindah ke PPS lebih awal sekiranya berlaku limpahan air," katanya.


Anggota Bomba dan Penyelamat sedang mencari mangsa banjir pertama di Terengganu seorang kanak-kanak lelaki yang lemas di Kampung Kebor Besar,Manir


Dalam perkembangan lain, seorang kanak lelaki berusia tiga tahun menjadi korban pertama banjir yang sedang melanda di Terengganu, apabila lemas selepas terjatuh dalam tali air di Kampung Kebor Besar, Manir, pada 11 Disember 2022 lalu.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Muhammad Sufi Ijaz Sobre, tiga tahun, melihat air banjir bersama bapanya, Sobre Ramli, 33; abangnya, Muhammad Shakir Wafiudin, 8; dan adik, Muhammad Shafiq Arshad, berusia satu tahun, kira-kira jam 4 petang. 

Sobre berkata, kejadian berlaku ketika Sufi bersama abangnya, Shakir, melihat air sungai dari atas jambatan yang hanya terletak kira-kira 10 meter dari lokasi dia dan anak bongsunya berada.

Bagaimanapun, mayat mangsa hanya dapat ditemukan pada jam 11.34 pagi, 13 Disember 2022.

Mangsa ditemukan anggota pasukan pencari dan penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu dalam keadaan terapung kira-kira 600 meter dari tempat kejadian. - KitaReporters


Anggota Bomba dan Penyelamat mengusung mayat kanak-kanak lelaki yang ditemukan mati lemas di Kampung Kebur Besar,Manir

13
19
2
13
1

Copy Link: