DARI PENTERNAK KAMBING JADI JURULATIH UNI
Published byBIARPUN tidak mempunyai ijazah dalam bidang ternakan kambing tenusu, tetapi kejayaannya menjadi usahawan ternakan menarik minat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu, menawarkan beliau menjadi jurulatih kepada pelajar dalam jurusan Fakulti Pertanian dan Bio Teknologi universiti berkenaan. : KitaReporters.comKamaruddin sedang melakukan pemerahan susu di ladang ternakannya.
Kamaruddin Abd Latif, 49, dari Kampung Kubang Depu, dekat Jertih, Terengganu seorang penternak kambing tenusu tradisional sejak tujuh tahun lalu.
Sehubungan itu, dia tidak menyangka usahanya selama ini mendapat perhatian pihak UisZA yang berhasrat untuk menjadikan tempat ternakan beliau sebagai pusat latihan kepada pelajar dalam bidang berkenaan.
Katanya, bermula dengan hanya menternak dua kambing di halaman rumahnya, dia berusaha menambah jumlah ternakan dari semasa ke semasa dan sehingga ini, sudah 100 kambing diternak secara komersial.
"Dengan modal permulaan hanya RM1,000 untuk membeli dua kambing daging dan kemudian membiak sehinggalah jumlah ternakan beliau bertambah dari semasa ke semasa," katanya.
Kamaruddin berkata, hasil jualan ternakan berkenaan, beliau memperbesarkan projek itu tanpa membuat sebarang pinjaman daripada mana-mana intitusi kewangan, mahupun agensi berkaitan.
Dan ladang ternakannya kini menjadi tumpuan penduduk di negeri ini.
Kamaruddin menjalankan rutin harian memeriksa kambing di ladang ternakan beliau.Katanya, ketika ini hasil pendapatan diperolehi antara RM70 hingga RM100 sehari daripada jualan susu kambing secara terus kepada pelanggan yang datang ke rumahnya.
“Kejayaan itu mula menarik minat pihak UniSZA yang datang melawat ladang ternakan beliau dan bersetuju untuk menjadikan ladangnya sebagai Latihan Ternakan Kambing Tenusu di bawah pengawasan university,” Katanya ketika ditemui diladang ternakan beliau baru-baru ini.
Beliau berkata, hasil kunjungan itu, pihak UniSZA kemudian membekalkan enam kambing dari baka Saneen yang mampu menghasilkan susu kambing berkualiti dan dalam kuantiti yang banyak.
Beliau berkata, mengikut persefahaman dengan pihak UniSZA, pelajar fakulti dalam bidang berkenaan akan mengikuti latihan praktikal di ladang miliknya sepanjang masa.
Susu siap untuk hidangan sarapan pagi
“Saya sedang melatih 50 pelajar dalam bidang berkenaan. Mereka mengikuti latihan secara teori dan praktikal di kampus dan di ladang sehinggalah mereka tamat belajar,” Katanya.
Kamaruddin berkata, ketika ini beliau hanya menggunakan kaedah tradisional ketika memerah susu dan apabila pihak universiti menjadikan pusat latihan ia akan dilakukan secara moden menggunakan teknologi terkini termasuk pembungkusan.
Selain, bekalan kambing beliau turut menanam rumput “Zamziba” di kawasan seluas dua hektar untuk dijadikan makanan ternakan berkenaan dan juga menjual kepada penternak lain di sekitar daerah Besut. - KitaReporters.com