TERBAIKLAH UMP!! SUMBANG 2 JENIS SANITIZER
Published byHand sanitizer antara komponen penting yang sangat diperlukan semua petugas dalam membendung penularan COVID-19
Meledaknya wabak ini di Malaysia sejak Februari 2020 yang lalu dan atas saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) peri pentingnya mencuci tangan dengan hand sanitizer (penyahkuman) selain sabun dan pemakaian penutup hidung dan mulut juga sarung tangan, menjadikan permintaan terhadap ketiga-tiganya meningkat berganda-ganda.
Justeru, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat, institusi pengajian tinggi (IPT) dan orang perseorangan tampil menghulurkan sumbangan bahan keperluan itu untuk petugas barisan hadapan sebagai langkah keselamatan. Hand sanitizer amat-amat mustahak untuk mereka.
Hulurkan bantuan ringankan beban.
Sebagai universiti teknikal yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang, Universiti Malaysia Pahang (UMP) turut tidak ketnggalan untuk menyumbang malah tidak mengambil masa lama untuk menghasilkan dua jenis produk cecair pembasmi kuman.
Kredit foto-foto: Universiti Malaysia Pahang
Dua produk yang dihasilkan dan dinamakan sebagai triUMPH dengan jumlah satu liter setiap botol dan Germs Free Hand Sanitizer (30 mililiter) itu disumbangkan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus bertugas tanpa mengenal erti letih dan penat.
Dua jenis cecair pembasmi kuman triUMPH (1 liter) dan Germs Free Hand Sanitizer (30 mililiter) disumbangkan kepada petugas barisan hadapan.
Dua jenis cecair pembasmi kuman triUMPH (1 liter) dan Germs Free Hand Sanitizer (30 mililiter) disumbangkan kepada petugas barisan hadapan.
Sebanyak 600 botol cecair pensanitasi tangan (hand sanitizer) diserahkan kepada S
Turut menyaksikan serahan ialah Pengurus Besar UMP Technology Sdn Bhd, Muhamad Nizam Abdul Rashid dan Saiful Anwar Izar dari Bahagian Khidmat Pengurusan.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Produk triUMPH adalah hasil inovasi syarikat kerjasama UMP Technology Sdn Bhd dengan MNR Multitech Sdn Bhd yang merupakan syarikat milik penuh UMP Holdings Sdn Bhd (UMPH).
Manakala Germs Free Hand Sanitizer merupakan produk keluaran UMP Renal Care Sdn Bhd yang merupakan syarikat terbitan UMP.
Muhamad Nizam berkata, produk triUMPH adalah diformulasi mengikut standard World Health Organization (WHO).
Kandungan alkohol 70 peratus dalam produk ini adalah efektif untuk membunuh virus.
Katanya, produk cecair pembasmi kuman yang dinamakan Germs Free Hand Sanitizer itu mengandungi ekstrak daun sireh bagi merencatkan pembiakan kuman.
Ianya turut mengandungi Aloe Vera dan Vitamin E yang sesuai untuk kulit. Produk berkenaan boleh didapati dalam bentuk cecair dan gel.
"Berkemungkinan kami akan terus menghasilkan produk ini bagi membantu KKM atau mana-mana petugas lain yang memerlukan. Ini hanya sumbangan kecil daripada kami untuk mereka yang sedang berjuang di barisan hadapan,” katanya.
Saharudin pula berkata, sumbangan itu dilihat sebagai satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat ketika negara berdepan dengan ancaman penularan wabak Covid-19 iaitu dengan memberi fokus bantuan kepada barisan hadapan yang bekerja keras dalam memutuskan rantaian COVID-19.
Beberapa hantaran dalam media sosial Facebook jelas memperlihatkan betapa pentingnya penggunaan cecair pembasmi kuman malah ada yang sanggup mencuri pula seperti dinyatakan Lily Moha dalam dalam akaun Facebook miliknya.
Ada juga yang sanggup mencuri untuk kepentingan sendiri tanpa memperdulikan orang lain yang sama-sama memerlukannya.
Dalam usaha membantu barisan hadapan yang bertungkus lumus bertugas memerangi wabak ini, UMPH turut melancarkan Tabung “triUMPH Frontliners’ bagi mengumpul sumbangan untuk membekalkan air minuman buat mereka.
Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang sedang berjuang membendung penularan wabak 'halimunan' yang semakin ditakuti di seluruh dunia. Kita jaga kita secara bersama! - KitaReporters