Jangan ambil mudah telinga bernanah! Boleh beri kesan kepada saraf muka! Beri masalah palsi Bell!
Published byMASALAH telinga bernanah sudah pasti memberikan rasa kurang selesa kepada mereka yang pernah mengalaminya.
Sakit seperti mencucuk dan rasa terbakar boleh dikatakan
antara kesan kepada telinga bernanah dan sering dikaitkan dengan jangkitan
kuman yang berlaku pada bahagian dalam telinga.
Banyak faktor yang menjadi menyebab telinga bernanah seperti
jangkitan kuman, pecah gegendang telinga, air yang terperangkap dalam saluran
telinga dan bendasing yang tersekat pada bahagian telinga.
Jangan ambil mudah sekiranya anda mengalami telinga bernanah ini, keadaan telinga bernanah ini dikatakan boleh memberi kesan yang lebih bahaya sekiranya tidak dirawat secepatnya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan dengan telinga
Jangan ambil mudah dengan masalah telinga bernanah
Oleh itu, kita dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor atau pakar sekiranya mempunyai masalah berkenaan dan jangan memandang remeh dengan masalah ini lebih-lebih lagi masalah telinga bernanah berterusan sehingga hari ketujuh dan lebih.
Hal ini demikian kerana telinga bernanah secara berterusan boleh memberi kesan kepada saraf muka sehingga menjadi senget.
Menurut Dr. Mohd Shaiful Nizam Mamat Nasir, Pakar Bedah Otorhinolaringologi (telinga, hidung dan kerongkong), keadaan muka menjadi senget adalah
disebabkan toksid bakteria yang merebak terus ke saraf muka.
“Sebilangan daripada kita tidak mempunyai tulang yang
menutupi saraf muka, dan boleh saya katakan dalam 20 hingga 30 peratus pesakit
ini mempunyai dehiscence facial canal iaitu tidak mempunyai tulang yang
menutupi saraf muka” jelasnya.
Tambahnya, jika didapati masalah telinga bernanah berterusan sehingga hari ketujuh atau bercampur dengan darah atau berbau, orang ramai dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk konsultasi kerana ia merupakan keadaan yang tidak normal dan boleh memberi kesan yang lebih serius jika tidak ditangani.
Muka senget? Ini ada kaitan ke dengan masalah Bell’s palsy (palsi Bell) atau masalah ini merupakan masalah yang sama? Ini ke penyebab Bell’s palsy?
Jelas Shaiful, Bell’s palsy adalah diagnosis of exclusion di
mana Bell’ palsy merupakan satu keadaan yang tidak diketahui punca atau sebab
berlaku masalah tersebut.
“Bell’s palsy adalah satu keadaan di mana setelah siasatan
secara terperinci dijalankan oleh doktor tetapi masih tidak menjumpai faktor
yang menjadi menyebab kepada keadaan muka senget itu,” tambahnya.
Sekiranya tiada perubahan positif yang berlaku selepas 48 hari dan keadaan saraf muka senget dan bertambah teruk, pembedahan telinga secara kecemasan akan dilakukan.
“Keadaan muka senget boleh terbahagi kepada beberapa tahap
dan biasanya kita akan guna House Brackman Classification, untuk menentu tahap
atau grade muka senget” tambahnya.
Dalam pada itu beliau juga berkata peratusan untuk kembali sembuh itu juga berbeza dan bergantung kepada tahap keadaan muka seseorang itu tadi. Namun, secara umumnya saraf akan kembali pulih selepas jangkitan bakteria hilang.
Justeru, orang ramai dinasihatkan jangan ambil mudah tentang keadaan telinga sekiranya berlaku masalah ini malah dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan sepatutnya. - KitaReporters