SEMUA pengguna telefon pintar dan tablet jenama HUAWEI di Malaysia kini berpeluang mengakses 300 video tutorial melalui program HUAWEI Academy secara eksklusif, yang dibekalkan melalui aplikasi HUAWEI Video. Melalui muat naik aplikasi tersebut, pengguna berpeluang menyaksikan 15 sesi pembelajaran yang menampilkan 22 pakar terlatih dan berpengalaman. : KitaReporters


Pakar-pakar tersebut datang dari pelbagai bidang, yang dibawa khas untuk membolehkan penonton mengembang, mempertajam dan menguasai kemampuan dalam akademik, lakonan dan sukan 

Antara pakar-pakar pelatih yang  terkenal terdiri dari Peter Davis (artis profesional dalam seni mempertahankan diri), Sangeeta Krishnasamy (pelakon wanita terbaik FFM29), Goh Liu Ying (naib juara bergu badminton Olympik Rio 2016), Zulkarnain Azhar (pengarah, pemenang Anugerah Filem Era Meletop 2018), dan ramai lagi.


Peter Davis (atas) dan Sangeeta Krishnasamy (gambar bawah).


Kandungan sedia khas berkenaan yang boleh ditonton melalui peranti HUAWEI mengambil kira kesesuaian kandungan dalam konteks kehidupan harian rakyat Malaysia termasuk pembelajaran UPSR dan SPM, dua peperiksaan paling penting yang perlu dihadapi semua khususnya golongan pelajar.

Selain itu, pengguna HUAWEI boleh mengakses kandungan video lain meliputi antaranya kursus lakonan, bagi yang mahu mengasah bakat mereka dalam berlakon, dan kursus sukan untuk mereka yang gemar bersenam dan melakukan aktiviti luar. 

Pendek kata, dengan teknologi era digital yang semakin canggih sekarang ini, pengguna dapat menikmati video-video berkenaan di mana-mana sahaja mereka berada, sekali gus memperoleh pengetahuan meluas di hujung jari.


Dengan impian menjadi peneraju global dalam penyebaran video, HUAWEI Video kini tersedia di lebih 20 buah negara malah mempunyai lebih 150 juta pengguna aktif di platformnya

Dan, melalui rakan kongsi terkenal seperti BBC Studio, Daily Motion, Mediacorp, Mango TV, TVB, Astro, dimsum entertainment, Qello Concerts, The Explorers dan banyak lagi, HUAWEI Video menawarkan lebih daripada 10,000 jam drama dan filem, 10 juta pendek klip video dan 20 kategori video - iaitu filem, siri TV, rancangan kanak-kanak, dokumentari, e-sukan, sukan, muzik,  pendidikan, dan sebagainya.

Lebih menarik, beberapa video juga boleh ditonton dalam resolusi 4K yang tinggi.

Jadi, sekiranya anda seorang pengguna HUAWEI sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang mengakses aplikasi HUAWEI Video ini kan?

Pun begitu, bagi yang tidak, jangan ragu-ragu atau sedih kerana jika berhajat untuk memiliki peranti HUAWEI anda diberikan akses premium tiga bulan percuma ke saluran yang ditentukan di Huawei Video dengan pembelian produk dari siri-siri meliputi model HUAWEI P40; HUAWEI Nova 7 atau HUAWEI MatePad.

Dalam pada itu, untuk kemas kini HUAWEI Video, anda boleh melakukannya melalui HUAWEI AppGallery pada link ini: https://bit.ly/30t8FjW

Info lanjut boleh layari http://consumer.huawei.com atau kunjungi laman facebook rasmi melalui www.facebook.com/HuaweiMobileMY . - KitaReporters

0
1
0
0
0

Copy Link: