Meriah!! Meriah!! Meriah!! Sebuah kejayaan dan kenangan terindah diciptakan oleh pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew dengan kemeriahan pembukaan kedai runcit pertamanya di Bandar Baru Bangi. Kedai runcit, Elewmart yang berkonsepkan membantu sambil beramal itu menerima kunjungan orang awam seawal 7:30 pagi lagi. : KitaReporters

Pembukaannya yang menerima kunjungan dan beratur yang panjang sehingga berkilometer


Menariknya pengunjung yang hadir bukan sahaja tinggal di kawasan sekitar Lembah Klang atau Bangi malah mendapat sokongan dari pengunjung berhampiran seperti Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak dan Kedah. 

Bukan tidak tahu, rakyat Malaysia mesra dengan barangan murah dan berpatutan, lebih-lebih lagi dalam membantu usahawan Islam dan bumiputera.

Ebit Lew kini melangkah satu lagi dimensi baharu dalam dunia perniagaan, pembukaan kedai runcit harga rendah iaitu Elewsmart selain menceburi perniagaan kafe makanan, Paramount Coffee House dan butik baju Melayu serta kurta, Elew's Design.

Pemilihan pembukaan kedai runcitnya di Bandar Baru Bangi, Selangor adalah kerana pembukaan perniagaan terdahulu yang bertapak di dua lokasi sama tetapi jajaran yang berbeza.

"Ya Allah sebak sayu rasa di pembukaan Elewsmart Bandar Baru Bangi.

"Terima kasih semua yang mendoakan, ramainya orang yang hadir memberi sokongan dan mendoakan.

"Jauh-jauh datang, semua beri isyarat wajah atau tangan maksudnya kita semua sebuah keluarga", tulisnya menerusi postingnya dalam Facebooknya.

Status yang dimuat naik oleh Ebit Lew dalam FB-nya


Kehadiran pengunjung yang dikatakan melebihi 2,000 orang itu sanggup beratur panjang dan berpanas demi meraikan pembukaan julung kali diadakan.

Perasmiaannya ringkas dan ala kadar sahaja, namun sambutannya masya-Allah berkilometer-kilometer panjangnya beratur.

Pengawasan dan kawalan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RELA memberi bantuan dan jaminan keamanan agar kepadatan pengunjung yang hadir serta kesesakan lalu lintas sentiasa terjaga.

Mengambil temanya "saudaraku murah" berpadananlah dengan tujuan pembukaannya yang berlandaskan keuntungan yang dijaga oleh Allah SWT.





Suasana meriah majlis pembukaan Elewsmart di Bandar Baru Bangi, Selangor


Muzik berlatar belakang nasyid motivasi serta keinsafan cukup memberikan kita kesedaran di samping bergembira dan berhibur, beringatlah bahawa batas-batas kawalan dan kesihatan harus dijaga dengan teliti.

Pengunjung turut dihidangkan dengan kemeriahan gerai-gerai kecil menerusi foodtruck (kenderaan saji) yang menjaja di hadapan kawasan pembukaan Elewsmart tersebut.

Penat!! 

Tersangatlah penat tapi berasa puas dengan kehadiran Ustaz Ebit yang mendahulukan kesopanannya meraikan pengunjung yang beratur berjam-jam lamanya.

Elewsmart yang menyediakan hampir 500 jenis barangan keperluan asas yang berpatutan dan berlandaskan patuh syariah bukan sahaja menerima jualan pemborong islam tempatan, malah meraikan peniaga kecil yang dapat menyediakan barangan kelengkapan yang murah dan konsisten di kedai runcit miliknya.




Masha-Allah hebat!! 


Konsep bantuan kedai runcit Elewsmart turut diselingkan lagi pada sesiapa yang tidak memiliki wang bagi yang tidak berkemampuan, boleh sahaja mengambilnya tanpa dikenakan bayaran.

Allahu, hanya Tuhan yang dapat memelihara dan membalas kebaikan yang dilakukan!

Kesimpulan dengan terdirinya kedai runcit berlandaskan syariah ini diharapkan ekonomi dan kebajikan masyarakat islam dapat dipelihara sebaiknya dan tidak bergantung kepada monopoli perniagaan orang bukan islam.

Kes-kes sivil yang melibatkan kecurian susu anak, pampers dan pakaian bayi yang hilang dapat dikurangkan dengan niat murni kedai ini bagi sesiapa memerlukan.

Suka diingatkan kepada bangsaku, ingat resam orang lama dahulu berkata: "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa", jangan ambil kesempatan!!

Dan ingatlah, kata-kata azimat Ustaz Ebit ini: "Allah sayang kita!!!" - KitaReporters




137
18
1
8
3

Copy Link: