Tunisia guna PCGuard! Robocop tahan warga ingkar lockdown!!
Published byDI TUNISIA, sebuah video ini menunjukkan Robocop (polis robot) menahan seorang lelaki yang dalam perjalanan ke kedai. Dia kemudian ditanya sama ada tahu sekarang Tunisia sedang perintah berkurung. Lelaki itu memberi alasan ke luar rumah untuk membeli rokok. Robot itu kemudian menjawab "Ok, pergi beli rokok itu cepat dan terus pulang." : KitaReporters
Bagaimana agaknya jika Robocop digunakan sepenuhnya `menguruskan` keselamatan dunia pada masa depan dengan mengambil alih tugas tentera dan polis mengawasi sekatan jalan raya atau memeriksa penduduk kota yang cuba mengingkari perintah berkurung untuk lari balik kampung.
Agensi berita Arab News.com melaporkan penggunaan Robocop atau PCGUard seperti di Tunisa itu sudah tentu tidak ada sifat `berbudi bicara` sebagaimana polis dan askar yang kadangkala mungkin boleh tersentuh dengan `cerita` sedih mereka yang mahu pulang atau datang ke kota.
Di Tunisia, penggunaan PCGuard, disambut dengan rasa serba salah.
Ada yang suka dan tidak kurang juga memberi komen Robocop itu `bergerak sangat lambat` untuk menyerlahkan keberkesanannya.
Ha.. saya ada surat kebenaran. Robocop menyoal siasat orang lalu lalang di tengah jalan.
Ini adalah projek percubaan negara itu untuk menugaskan Robocop mengawal sekitar ibu kota Tunis untuk memastikan rakyatnya mematuhi peraturan sekatan perintah berkurung ketika wabak Covid-19 melanda negara berkenaan.
Robocop ini akan senyap-senyap mengintip pergerakan orang awam dan jika dilihatnya warga kota itu berkeliaran di zon yang ditutup, Robocop ini akan menghampiri dan menyiasat sebab mereka boleh berada di situ.
Penduduk perlu menunjukkan kad pengenalan dan dokumen kebenaran kepada kamera yang dipasangkan pada Robocop itu untuk membolehkan pegawai yang mengawal pergerakan dari pusat kawalan data.
Jika diperiksa dan didapati mengingkari perintah, sudah tentulah mereka berdepan dengan hukuman undang-undang yang berat.
Semua rakyat diperintahkan #dudukrumah dan mereka hanya dibenarkan keluar untuk urusan perubatan dan membeli barang-barang keperluan asas.
Agensi berita itu melaporkan pihaknya tidak tahu jumlah robot itu dan dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri Tunisia.