FAMA berusaha membeli hasil ladang pekebun bagi memastikan petani tidak rugi .


LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang terus berusaha membantu dengan membeli lebih 100 tan tembikai daripada empat pekebun di Kampung Ubai dan Muadzam Shah di Rompin.

Pengarah FAMA Pahang, Noh Nik Wan berkata, selain tembikai merah dan kuning, FAMA turut membeli tembikai apollo dan tembikai susu yang dikeluarkan tiga pekebun di Muadzam Shah.

Pembelian buahan itu menggunakan sistem harga semasa ditetapkan FAMA dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula pada awal bulan Mei, dan usaha dibuat selagi terdapat permintaan daripada pekebun.

"Tujuan utama FAMA membeli hasil ladang pekebun bagi memastikan petani tidak mengalami kerugian apabila produk keluaran mereka keluar dengan jumlah yang banyak secara serentak seterusnya berlaku masalah pasaran, termasuk kejatuhan harga.

"Kebanyakan pekebun terdiri peserta ladang kontrak FAMA yang mengadakan perjanjian belian hasil kebun mereka apabila keadaan memerlukan," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian pada Selasa, 26 Mei 2021.

Sebelum ini tular berikutan petani terpaksa menjual hasil tuaian mereka pada harga 80 sen sekilogram, kurang sekali ganda berbanding RM1.50 hingga RM1.60 harga semasa akibat lambakan buah tersebut ketika ini. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

PEMBELIAN berkenaan menggunakan sistem harga semasa ditetapkan FAMA yang dilakukan secara berperingkat-peringkat.

0
0
0
0
0

Copy Link: