Berita Terkini| PKP penuh atau lockdown mungkin dilanjutkan lagi! Kes masih tinggi - Dr Adham
Published byMENTERI Kesihatan, Dr Adham Baba memberikan bayangan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh atau total lockdown (sekatan pergerakan penuh, SPP) akan dilanjutkan selepas fasa pertama tamat pada 14 Jun 2021 ini.
Dr. Adham menjelaskan kerajaan perlu meneruskan
pelaksanaan PKP penuh berikutan kadar kes harian Covid-19 di Malaysia masih
tinggi melebihi nilai ambang disasarkan iaitu 4,000 kes sehari.
Pelaksanaan PKP penuh mulai 1 Jun 2021 lalu mula
mendatangkan hasil apabila dua indikator penting iaitu kadar kebolehjangkitan
Covid-19 (Rt) turun kepada 0.96 Rt dan kes harian purata bawah 7,000 kes sehari.
“Namun, selepas lapan hari pelaksanaan PKP penuh, kes masih melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga Selasa, 8 Jun kes mencatatkan 6,871 iaitu melebihi nilai ambang yang disasarkan iaitu purata 4,000 kes ke bawah dalam tempoh tujuh hari.
“Sehingga kini, kita merekodkan penurunan kes harian
yang meyakinkan maka KKM berpandangan kerajaan patut meneruskan kaedah
pelaksanaan PKP penuh di seluruh negara,” katanya seperti dipetik oleh portal Free Malaysia Today pada Rabu, 9 Jun
2021. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter