Untuk mempromosikan sebuah filem, ada pelbagai cara akan dilakukan untuk uar-uarkan kepada orang ramai agar mengetahui bila masa yang ditayangkan di pawagan

Bahagian promosi cukup penting kerana jika tiada promosi, sudah pasti filem itu akan kurang penonton sekali gus menjejaskan jumlah kutipan. 

Untuk filem Abang Long Fadil 3, pelakon utama, Mohammad Razizan Abdul Razak atau Zizan Razak telah kolaborasi bersama seorang influencer (pempengaruh) media sosial yang hebat dalam dunia editing video iaitu, Muhammad Sofian Abdullah (Sofyank) dengan tujuan agar filem lakonan beliau itu dapat menarik ramai orang datang ke pawagam. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan filem-filem Melayu


Kredit video: YouTube Sofyank96


Hasil kerja Sofian sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi kerana setiap video yang dihasilkan itu pasti memberi terbaik.  

Hasil video pendek ini sudah cukup mengambarkan bahawa bakat yang ada pada Sofian itu cukup besar dan tindakan bekerjasama dalam mempromosikan filem ini adalah satu tindakan tepat. 



Membawa konsep 'Multiverse of Fadil' iaitu Zizan yang perlu dapatkan barang yang diarah namun beliau perlu menghadapi seseorang terlebih dahulu. 

Apa yang menarik adalah bagaimana Sofian selitkan kuasa untuk menambahkan kerancakan video ini. 

Rata-rata netizen yang melihat video ini sangat berpuas hati dengan bakat yang ada pada anak muda ini dan mereka mendoakan yang terbaik untuk dirinya untuk terus berjaya. - KitaReporters







15
17
0
5
0

Copy Link: