Video| 2 dalam 1! Kambing pun ada khunsa! Miliki testis dan kelamin betina! Bukan senang nak jumpa!

Published by
KitaReporters


 

Sebut sahaja khunsa, masih ramai yang tidak faham dan keliru. Ada yang menganggap khunsa itu pondan atau mak nyah. Sebenarnya tidak sama sekali! Khunsa mempunyai dua alat kelamin, manakala pondan atau mak nyah hanyalah lelaki yang berlagak dan berpakaian seperti wanita.

Islam membahagikan khunsa kepada dua keadaan. Pertama, khunsa wadih dan khunsa musykil. 

Khunsa wadih adalah seseorang yang mempunyai dua alat kelamin (zakar dan faraj) dan bagi sesetengah khunsa, salah satu alat kelamin berkenaan berfungsi.


Bukan sahaja manusia, haiwan juga ada yang khunsa.


Sebaliknya, khunsa musykil adalah seseorang yang tidak dapat ditentukan jantinanya kerana kedua-dua alat kelamin yang ada tidak nampak jelas berfungsi.

Manakala keadaan khunsa kedua pula apabila seseorang itu tidak langsung mempunyai alat kelamin, sebaliknya hanya mempunyai sekadar lubang untuk kencing.

Khunsa bukan sahaja terjadi ke atas manusia tetapi juga haiwan. Malah, antara haiwan dan manusia, haiwan lebih banyak mempunyai dua alat kelamin. Cuma kita sahaja yang tidak tahu.



Perkongsian seorang lelaki @khairuljohari27 dalam media sosial TikTok mengenai kambing miliknya yang mempunyai dua jantina, membuka mata orang ramai. Rata-rata terkejut dan baru mengetahui haiwan seperti kambing juga ada khunsa.

“Siapa pernah jumpa kambing khunsa? Kambing dua jantina. Ini saya tunjuk ya,” tulisnya.



Dalam video yang dikongsi, kelihatan dia mengambil salah seekor kambing yang ada di dalam kandang. Kambing berwarna coklat itu mempunyai testis dan dalam masa yang sama turut mempunyai puting susu serta alat kelamin betina. 

Penemuan itu sangat mengejutkannya kerana tidak pernah jumpa kambing khunsa sebelum ini.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dan pertanyaan oleh netizen. Yelah, bukan selalupun dapat lihat kambing khunsa. Jadi, tidak hairanlah kalau ada soalan-soalan yang di luar kotak.



“Kambing tu naluri dia lebih ke arah jantan ke betina bang?’ tanya salah seorang netizen.

Ramai juga yang bertanya adakah kambing tersebut boleh dimakan atau tidak. Menurut pemilik kambing ini, dia telah diberitahu oleh seorang ustaz bahawa kambing tersebut boleh dimakan tetapi tidak boleh dibuat aqiqah.  

“Betul sebab saya pun terkejut tadi bila seorang ustaz kata kambing ni khunsa, tak boleh nak buat akikah,” ceritanya. 



Malah ada seorang netizen mendakwa, di Indonesia kambing khunsa sering dijadikan alat penghantar sihir.

“Biasa kambing khunsa ni orang buat sihir bro. Pernah dengar kes dekat Indonesia. Bole terus jadi wali kota (datuk bandar),” dakwa netizen tersebut. - KitaReporters



12
6
0
8
0

Copy Link: