SEJAK pandemik COVID-19 melanda dunia, kehidupan seluruh penduduk dunia telah berubah daripada kebiasaan. Ini termasuklah cara kehidupan seharian manusia. Paling terkesan adalah sektor ekonomi terutama negara-negara yang diserang COVID-19.  Ramai dalam kalangan penduduk negara terjejas dari segi pendapatan, malah lebih teruk daripada itu ada juga yang terus hilang punca rezeki. : KitaReporters


Kredit foto: FB Kementerian Kesihatan Malaysia


Lagi cerita=cerita berkaitan COVID-19:

https://kitareporters.com/coronavirus


Graf kemiskinan dan pengangguran rata-ratanya menunjukkan peningkatan yang merisaukan. Dengan kata lain, jumlah penduduk dunia yang miskin makin bertambah.

Dalam kegusaran tersebut, rupa-rupanya masih ada pihak yang bertuah dan makin bertambah kaya ketika tahap ekonomi dunia makin parah.

Berdasarkan laporan portal South China Morning Post, Jack Ma selaku pengasas bersama serta bekas pengurus eksekutif Alibaba Group direkodkan sudah berjaya mengumpul sekitar AS$1.5 trilion (lebih RM6.23 trilion) sepanjang tahun ini



Lebih hebat, keuntungan besar yang diperoleh ini dilaporkan lebih banyak berbanding lima tahun terakhir pendapatannya sepanjang menjadi pengurus Alibaba.

Difahamkan industri e-dagang yang menerima tempahan yang berganda sejak pandemik melanda antara yang membuatkan Alibaba berjaya mengaut keuntungan yang amat tinggi, sekali gus menguntungkan Jack Ma selaku pemegang saham.

Bukan Jack Ma sahaja, dilaporkan seramai 257 individu lain seluruh dunia turut berjaya ‘melangkah masuk’ ke dalam golongan kelab bilionair setakat Ogos 2020 ini. 

Ia merekodkan dunia kini mempunyai seramai 878 bilionair dari pelbagai negara.

Dari segi pegangan agama Islam, ini petunjuk yang jelas kepada kita bahawa soal rezeki bukanlah bergantung kepada tahap ekonomi dunia, sebaliknya ia adalah kurniaan Tuhan Yang Maha Esa. : KitaReporters



Kredit foto: chinadaily.com.cn

1
1
0
0
0

Copy Link: