Masjidil Haram dibuka semula untuk umrah! Patuhi arahan, SOP
Published byPINTU Babus Salam Masjidil Haram telah dibuka semula untuk umrah bermula jam 6 pagi semalam, Ahad 4 Oktober 2020 bersamaan 16 Safar 1442 Hijrah kepada rombongan 6,000 jemaah umrah pertama selepas enam bulan ditutup kerana penularan wabak Covid-19. Saat-saat yang memang dinantikan oleh setiap insan Muslim di serata dunia. : KitaReporters
Kredit gambar-gambar: FB @haramain.info
Lagi cerita-cerita berkaitan umrah:
https://kitareporters.com/search?search=umrah
Mungkinkah ada antara pendoa-pendoa jemaah haji lalu yang dipohon telah dimakbulkan oleh Allah supaya umat Islam di serata pelosok dunia dapat mengerjakan haji dan umrah semula pada masa akan datang. Siapa tahu??
Berita baik dan gembira ini boleh dikongsi 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia untuk menunaikan ibadah umrah ekoran selepas kejayaan pemantauan musim Haji 2020 lalu (27 Julai 2020) dengan jumlah dibenarkan 1,000 jemaah termasuk 8 orang rakyat Malaysia (menetap di Mekah) berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta nasihat dan arahan Kementerian Kesihatan Arab Saudi.
Sebanyak 6,000 jemaah umrah akan ditempatkan di lima lokasi berasingan (pintu berlepas) termasuk di Al-Gaza, Ajyad dan Al-Shasha, bagi membolehkan jemaah bersama petugas kesihatan menaiki bas menuju ke Masjidil Haram.
Rombongan
pertama seramai 1,000 jemaah akan melaksanakan ibadah umrah mereka sehingga
selesai proses kemudian baharulah diikuti rombongan kedua sehingga tamat proses (3
jam) dan begitu seterusnya hingga kumpulan keenam terakhir pada sehari itu.
Para jemaah dibenarkan menunaikan umrah setiap hari sebanyak enam kali dengan waktu berbeza dan setiap kumpulan 1,000 jemaah diberi tempoh tiga jam.
Proses umrah dikendalikan melalui aplikasi I'tamarna yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.
Kini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah bersedia menerima kehadiran semula para jemaah umrah antarabangsa secara berperingkat-peringkat di bawah kawalan yang ketat dengan melakukan saringan kesihatan serta menyediakan kemudahan atau fasiliti kesihatan seperti klinik bergerak dan perkhidmatan ambulans yang lengkap dan komprehensif.
Para jemaah pertama ini akan sentiasa diperiksa dan
dipantau mengenai tahap kesihatan mereka
termasuk mesin pengimbas haba yang ditempatkan di pintu masuk Masjid Haram.
Menurut Arab News,dijangka 1,000 petugas kesihatan akan
terlibat sepanjang proses ibadat umrah dan proses sanitasi serta nyahkuman dilakukan
sebanyak 10 kali dalam sehari .
Ruang khusus iaitu kawasan ‘Mataf’ yang terletak di sekitar Kaabah dijadikan lokasi kemudahan akses sepanjang mereka berada di Masjidil Haram.
Seperkara lagi yang amat menarik ialah peluang dan kemudahan menziarahi Raudhah yang terletak di dalam Masjid Nabawi dibenarkan menurut Presiden Hal Ehwal Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais setelah mendapat kebenaran daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman.
Dalam perkembangan lain, kemungkinan besar berlaku kenaikan kos menunaikan ibadah umrah sebanyak RM3,000 bagi setiap jemaah berikutan caj levi pelepasan udara dan saringan Covid-19, demikian menurut Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd. Sham dalam satu kenyataan beliau kepada media ketika diminta mengulas keputusan kerajaan Arab Saudi membuka semula ibadah umrah tersebut baru-baru ini. - Kitareporters
Sumber:
https://www.arabnews.com/node/1739701/saudi-arabia
https://www.utusan.com.my/nasional/2020/09/kos-umrah-naik-rm3000/
https://youtu.be/Enqnq9O3abo