JUMLAH individu atau syarikat menghasilkan serta menjual penutup mulut semakin banyak ekoran peningkatan permintaan ketika wabak Covid-19 belum reda. Ia merupakan satu peniagaan yang menguntungkan kerana permintaan sentiasa ada sehingga ada pihak yang melakukan jualan secara dalam talian (online) dan hantaran ke rumah. : KitaReporters


 

Kredit foto: IG Aliff Syukri Terlajak Laris


Memandangkan peniagaan ini sesuatu yang menguntungkan, pengusaha kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri Kamazzaman, 33, atau juga terkenal dengan nama Abang Terlajak Laris mengeluarkan produk penutup mulut di bawah jenama D’Herbs.

Dengan harga RM15 untuk sekotak yang mengandungi 10 keping penutup mulut, produk keluaran D'Herbs itu tergolong dalam kategori antara yang murah dalam pasaran, yang dituju untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Ekoran penguatkuasaan ketat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Aliff dilihat tarpaksa melakukan sendiri kerja-kerja pembungkusan dengan dibantu oleh jumlah petugas yang kecil.


Namun malangnya, Aliff memuatkan sekeping gambar dalam Instagramnya @aliffsyukriterlajaklaris yang memperlihat dia melakukan kerja pembungkusan tanpa memakai penutup mulut.

Akibatnya, sejumlah pengikut Twitter dan Instagram beliau mempertikaikan tahap kebersihan penutup mulut itu kerana ia mungkin sudah tercemar ekoran cara pengendalian yang dilaku oleh Aliff sehingga ada yang meminta jangan membeli penutup mulut keluaran D’Herbs itu.




Kebelakangan ini, Aliff sering menjadi bahan kritikan netizen atas apa yang dilakukannya.

Selepas Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat Prihatin diumumkan, dia dikritik apabila menyiarkan keputusan Bantuan Perihatin Nasional yang menyatakan dia ‘gagal’.


Dan beberapa hari lalu, Alif turut dikritik kerana menayangkan cek Mayban bayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor bertarikh 13 April 2020 sebanyak RM52,500 atas nama DHerbs yang disifat oleh netizen sebagai menunjuk-nunjuk. - KitaReporters

1
2
0
3
5

Copy Link: