KERANA RONALDO, U-23 JUVENTUS DIKUARANTIN
Published byKERANA hendak selamatkan Cristiano Ronaldo dari dijangkiti penyakit Koronavirus-2019 atau Covid-19, semua pemain Juventus Bawah-23 (B-23) telah dikuarantinkan. Pengurusan Juventus tidak mahu mengambil risiko terhadap virus Covid-19 yang melanda Itali sekarang. : KitaReporters
Menurut Forbes, latihan skuad Juventus B-23 diberhentikan mulai Ahad, 1 Mac 2020. Setiap pemain diwajibkan menjalani kuarantin di rumah masing-masing.
Peraturan itu dibuat selepas Juventus B-23 bertemu US Pianese dalam Serie C Itali pada Sabtu, 23 Februari 2020.
Perlawanan antara U-23 Juventus dan Pianese pada 23 Februari 2020. - Kredit foto: The Sun
Pada Sabtu, 28 Februari 2020, pengurusan kelab Pianese mengumumkan ada tiga pemain dan satu staf jurulatih terkena virus Covid-19.
Kerana itu, pengurusan Juventus merehatkan para pemain U-23-nya dengan arahan kuarantin di rumah hingga Ahad, 8 Mac 2020.
Pasukan U-23 menggunakan padang latihan yang sama dengan pasukan utama termasuk Cristiano Ronaldo.
Jadi ia adalah antara langkah mengelakkan pemain-pemain pasukan utama dijangkiti Covid-19.
Mujurlah tiada anggota pasukan U-23 yang terkena jangkitan.
Itali menjadi negara Eropah yang paling banyak terkena jangkitan Covid-19.
Sehingga Ahad, 1 Mac 2020), ada 29 orang Itali yang meninggal dunia akibat virus tersebut. - KitaReporters.com
Laporan menarik dan statistik terkini mengenai COVID-19 di https://kitareporters.com/coronavirus