Video| Misteri alam! Betulkah duyung muncul di pantai Latuhalat, Ambon? Atau hanya hantu laut?

Published by
KitaReporters


Benarkah ikan duyung ini wujud? Tiada kajian saintifik secara terperinci yang dapat mengesahkan keberadaan makhluk aneh yang memiliki bentuk fizikal separuh manusia dan separuh ikan itu.

Adakah duyung ini spesis jin atau ‘hantu laut’ kerana kehadirannya di pandangan manusia ada kalanya mengelirukan dan membingungkan.

Namun begitu, cerita-cerita ikan duyung ini sudah kedengaran seawal pelayaran Christopher Columbus yang mengelilingi dunia. Begitu juga berlakunya terhadap ahli-ahli pelayaran lain yang meredah samudera yang luas berkongsi cerita dan pengalaman yang sama serta aneh dan pelik.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kisah-kisah misteri

Kelihatan kelibat ikan duyung menampakkan ekornya menjadi  tular dalam media sosial di Indonesia yang sempat dirakam oleh pemilik akaun TikTok @capt.fredrik_kailola di pantai Latuhalat, Ambon, Indonesia. - Kredit foto: TikTok@capt.fredrik_kailola 


Hendak dikatakan pembohongan atau 'dengar cakap' tetapi banyak penemuan telah dilaporkan di seantario dunia.

Malah duyung yang dianggap mitos dan karut itu diceritakan pula  secara meluas sama ada dalam cerita rakyat, kesusasteraan termasuk dibuat pembikinan filem seperti “Mermaid”, "Splash Movie", "Ibu saya adalah duyung" dan lain-lain.

Pada tanggal 28 Jun 2022, pengunjung-pengunjung pantai Latuhalat, Ambon, di Maluku, Indonesia gempar melihat kelibat atau penampakan susuk tubuh persis seekor ikan duyung berenang-renang menghampiri gigi pantai.

Namun ianya tidak begitu jelas kerana di badai ombak yang besar sehingga kelihatan sirip ekornya sahaja seperti duyung.


Tular video berdurasi 47 saat yang telah dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @capt.fredrik_kailola memaparkan ekor sirip besar yang didakwa sama seperti yang dimiliki ikan duyung.

"Menurut kepercayaan dari nenek moyang saya, Puteri Duyung ini berkunjung untuk memberi tanda bahawa ada hal besar yang akan terjadi pada kemudian hari," ungkap pemilik akaun tersebut. 

Ombak besar menjadikan rupa ikan duyung tersebut kurang jelas dan kabur di dalam skrin kamera. 

Menurut penduduk-penduduk setempat berkata, penampakan ini bukanlah kali yang pertama dilihat di pantai Latuhalat, malah sebelum ini ia pernah muncul di pantai Seilale, Ambon.


Penampakan ekor duyung  menjadi heboh oleh pengunjung-pengunjung pantai Latuhalat, Ambon, Indonesia. - Gambar hiasan.


Terdahulu berita SuaraKaltim melaporkan, terdapat sebilangan besar netizen mempersoalkan kualiti rakaman video yang tular itu.

Segelintir warga maya pula memberi komen lebih mempercayai adanya kewujudan ikan duyung berbanding dengan kewujudan puteri duyung.

Namun, masih terdapat kalangan warga net yang mempercayai kewujudan ikan duyung di perairan pantai kerana banyak rahsia mahupun misteri laut yang belum lagi dirungkai oleh manusia.

Rakaman video ini sama ada baik atau tidak mutunya telah menjadi tular sehingga telah ditonton lebih 7 juta kali dan 591 ribu memberikan tanda suka. - KitaReporters



Rujukan:

https://siakapkeli.my/2022/06/29/gempar-pengunjung-pantai-dakwa-berjaya-rakam-kelibat-ikan-duyung/

https://kendalku.pikiran-rakyat.com/hobi/pr-1184870414/heboh-kemunculan-putri-duyung-di-pantai-latuhalat-ambon-dikaitkan-pertanda-kejadian-besar-akan-terjadi

https://youtu.be/ns9zT4aXq7c

7
14
0
5
0

Copy Link: