Berita Terkini| Waktu operasi bazar Aidilfitri dilanjutkan! Hingga 2 pagi berbanding 12 malam!

Published by
KitaReporters

KERAJAAN bersetuju melanjutkan operasi bazar Aidilfitri di seluruh negara sehingga pukul 2 pagi berkuat kuasa mulai Sabtu, 24 April 2021. - Kredit Foto Malakattribunnews.com


WAKTU operasi bazar Aidilfitri di seluruh negara kini dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi, bermula Sabtu, 24 April 2020 berbanding sebelum ini sehingga 12 tengah malam sahaja.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob lanjutan waktu perniagaan itu mendengar rayuan daripada penjaja bazar.

“Penjaja sebelum ini merungut waktu operasi hingga 12 malam terlalu pendek, Jadi mereka mohon dilanjutkan.

“Kita dimaklumkan pada bulan Ramadan ini, pengunjung bazar Aidilfitri keluar selepas solat isyak dan tarawih, jadi waktunya amat terhad,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, pada Jumaat 23 April 2021.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, SOP terperinci untuk sambutan Aidilfitri seperti solat Aidilfitri serta ziarah kubur akan diumumkan pada minggu depan.

Beliau turut mengulangi larangan rentas negeri masih dikekalkan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, terdapat beberapa bazar Ramadan yang ditutup oleh pihak berkuasa tempatan, seperti di Greenwood, Gombak dan Bukit Nyamuk di Kuala Nerang.

“Ini pastinya akan menyusahkan bukan saja peniaga, malah memberi kesan kepada pengunjung.

“Jadi, saya berharap sama-samalah kita patuhi SOP ditetapkan untuk mengelakkan hal seperti ini berlaku,” ujarnya. - kitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
3
0

Copy Link: