Dari kiri ke kanan: Mark Tan, Pengurus Pemasaran Pusat Beli-belah IPC; Karyn Lim, Pengurus Besar Pusat Beli-belah IPC; Darick Wong Kai Yin, Pengarah Hope Worldwide Malaysia; dan Caesar Teh, Pengurus Program Hope Worldwide Malaysia.


Pusat Beli-belah IPC bersama dengan rakan kongsi sejak sekian lamanya, Hope Worldwide Malaysia telah menyempurnakan satu lagi inisiatif tanggungjawab sosial (SR) yang bertujuan memberi kegembiraan kepada isi rumah keluarga B40  khususnya di Lembah Klang.

Kempen Happiness to Homes (Menceriakan Rumah) yang bermula pada 16 September hingga 17 Oktober 2021 berjaya mengumpulkan sebanyak RM89,952, kira-kira 20 peratus lebih tinggi daripada sasaran awalnya iaitu sebanyak RM75,000.


 Lagi kisah-kisah menarik berkaitan tanggungjawab sosial


Agihan pakej makanan, keperluan rumah, dan pakej peralatan sekolah kepada keluarga-keluarga B40 di Klinik Sentul Hope Worldwide Malaysia.


Dengan sokongan daripada para penyewa yang bermurah hati seperti Ben’s Independent Grocers, Harvey Norman, AEON Wellness dan Kedai Buku Popular, kesemua dana telah disalurkan untuk menyediakan tujuh kit keperluan asas rumah termasuklah pakej makanan, kelengkapan elektronik rumah dan pakej peralatan sekolah bernilai RM101,103 pada kos di bawah harga pasaran.

Malah, pada 10 dan 11 Disember 2021, Hope Worldwide Malaysia telah mengagihkan sebanyak 300 pakej makanan, 150 keperluan barangan asas rumah, dan 300 kit peralatan sekolah kepada keluarga B40 bertempat di Klinik Sentul.

Pengurus Pemasaran Pusat Beli-belah IPC, Mark Tan berkata, di Pusat Beli-belah IPC bersimpati dengan komuniti sekeliling yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan musibah yang melanda negara baru-baru ini.

"Malah, bukan sahaja dari kalangan komuniti B40, akan tetapi juga kesemua mereka yang berada di sekeliling kami – para penyewa kami," tambahnya dalam satu kenyataan media pada 6 Januari 2022. 

Sambil membayangkan keadaan dunia pascapandemik, adalah penting sebagai jenama dan ahli perniagaan untuk menyedari  untuk berkhidmat kepada orang ramai dan memberi kehidupan yang lebih baik untuk semua. 

"Sebagaimana besi menajamkan besi, begitulah juga mengapa kami perlu berusaha untuk  mengukuhkan komuniti sekitar kami dan bekerjasama untuk memacu pertumbuhan perniagaan," kata Tan.



Oleh sebab itu, beliau gembira apabila para penyewa ingin turut serta untuk memberi kembali kepada komuniti dan membolehkan kami membeli kesemua barangan tersebut pada harga istimewa.

"Walaupun pandemik telah memberi perubahan dalam cara pembelian dari dalam kedai kepada dalam talian, kami tetap gembira melihat ketulusan para pembeli kami untuk kekal bermasyarakat dan berjiwa rakyat," katanya.

"Kami juga berbangga mempunyai rakan kongsi seperti para penyewa kami yang menyumbang barangan, agensi rakan kongsi digital kami, Idotyou yang telah membina platform secara pro bono (tanpa bayaran), serta Hope Worldwide Malaysia, rakan kongsi NGO yang telah bekerjasama dengan kami sejak tahun 2017 untuk menghubungkan kami dengan keluarga yang memerlukan. 

"Kami mengakui bahawa hanya dengan usaha sama dengan para pengunjung, kami mampu melaksanakan sumbangan digital dan kempen kutipan dana pertama kami, Happiness to Homes, dengan jayanya,” tambahnya lagi.

Katanya, melalui kempen-kempen seperti ini, Pusat Beli-belah IPC berharap dapat terus membantu secara inovatif dengan bekerjasama dengan para penyewa untuk memberi kembali kepada komuniti serta impak yang positif dan berpanjangan dalam kehidupan orang ramai. - KitaReporters


 

17
14
0
12
0

Copy Link: