JIKA penduduk bandar raya Wuhan, wilayah Hubei di tanah besar China diserang virus yang dijangkiti penyakit Koronavirus-2019 atau COVID-19 lalu menyebabkan ribuan nyawa terkorban, lain pula ceritanya di Pantai Timur, Malaysia ini.  Penduduk Pantai Timur bimbang dengan kemunculan obor-obor Portuguese man-of-war yang banyak muncul di perairan Laut China Selatan. : KitaReporters.com

Spesis obor-obor berbahaya yang ditemui di Pantai Johor, Pahang dan Terengganu


Kehadiran obor-obor berkenaan sejak dua minggu lalu dikatakan mampu membunuh manusia dalam masa tiga minit selepas terkena sentuhan sepsis berkenaan. 

Sejak kemunculan obor-obor terbabit yang tular dalam media sosial penduduk terutama pengunjung yang berkunjung untuk berkelah atau mandi manda di pantai mulai takut untuk mendekati pantai. 

Obor-obor itu dikatakan muncul di perairan Laut China Selatan meluputi Johor, Pahang dan Terengganu. 

Malah, pelancong yang berkunjung ke Pantai Peranginan Bukit Keluang, Besut pada Jumaat, 21 Februari 2020 turut gempar  dengan penemuan sepsis obor-obor berkenaan di pusat perkelahan tersohor itu.

Berikutan itu, petugas lifeguard (penyelamat pantai) dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bergegas ke lokasi kejadian untuk memungut spesies obor-obor yang didakwa amat berbahaya kepada manusia itu. 

Tular dalam media sosial petugas APM Besut mengutip obor-obor yang ditemui di Pantai Bukit Keluang, Besut, pada 21 Februari 2020.


Sementara itu, Jabatan Perikanan Terengganu (DOF) Terengganu memberi maklum balas mengenai kenyataan yang tular dalam media sosial berhubung kehadiran obor-obor itu. 

Menurut kenyataan itu, pihak DOF Terengganu  sudah melakukan siasatan lanjut terhadap sampel obor-obor di perairan Pantai Pulau Kekabu, Marang dan Dalam Rhu Sepuluh serta Pantai Bari Setiu dan mengesahkan obor-obor itu adalah daripada spesies Physalia physalis dan juga dikenali sebagai Portuguese man-of-war.

 

Tular kenyataan media Jabatan Perikanan Terengganu berhubung kes obor-obor yang banyak ditemui di pantai negeri Terengganu


Berikutan itu, DOF meminta orang ramai agar berhati-hati dengan kehadiran  obor-obor itu dan jangan menyentuhnya atau berenang di kawasan yang terdapat sepsis obor-obor itu. 

“Obor-obor yang sudah mati dan terdampar di pantai masih mempunyai bisa,” kata kenyataan itu, 

Obor-obor itu memiliki sengatan berbisa dan boleh membawa kematian. 

Ia mempunyai ribuan sel penyengat yang boleh menyebabkan rasa sakit yang melampau jika terkena pada badan. 

Oleh itu, orang ramai diminta jangan menyentuh,memegang,mengambil atau menyimpan obor-obor berkenaan.

Jika terkena sengatan orang ramai dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran. - KitaReporters.com

4
4
0
2
3

Copy Link: