KEUNIKAN Kenyir Geopark seperti Gua Bewah, menarik minat Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk berkongsi pengalaman menganjurkan program Geopark Explorer Academy (Akademi Pengembara Geopark) yang telah diadakan di Gua Bewah, Tasik Kenyir. 

Pasukan ESERI telah diwakili Nik Ahmad Firdaus Nik Wan, Dr. Nurul Hanan Mohd Safari dan Dr. Sabariah Rozali selaku modular atau fasilitator.

Program tersebut merupakan salah satu program Kenyir Geopark di bawah Jawatankuasa Saintifik yang mana dianjurkan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT), UniSZA, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Terengganu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Pejabat Daerah Hulu Terengganu.



Program selama tiga hari  telah disertai oleh Sekolah Angkat Kenyir Geopark iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenagor.

Seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat telah dipilih menyertai program tersebut.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada generasi muda Geoparkian mengenai pengetahuan geologi batuan serta warisan khazanah batuan yang terdapat di Kenyir khususnya Gua Bewah.



Selain itu, peserta juga diberi pendedahan tentang kepentingan menjaga sumber air dan alam sekitar melalui modul yang telah dikendalikan oleh pihak ESERI.

Para peserta juga telah dibawa mempelajari sedikit sebanyak tentang pokok-pokok hutan dan berkesempatan ke tapak Pokok Melunak setinggi 50 meter yang dianggarkan berusia ratusan tahun.

Pelbagai pengalaman dan pengetahuan telah diperoleh oleh para peserta sepanjang program tiga hari berlangsung. - KitaReporters


 Peserta bergambar berlatar belakangkan Pokok Malunak berusia ratusan tahun


Peserta bergambar kenangan di atas rumah bot

 

 

14
17
0
12
0

Copy Link: