Bagi memastikan aspek keselamatan dalam talian adalah terjaga dan terjamin, program Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan diperluas ke seluruh negara.

Program ini diharapkan untuk membentuk persekitaran digital yang lebih selamat untuk semua rakyat Malaysia terhadap bermacam-macam bentuk penipuan online dan jenayah-jenayah siber yang lain.

Pada 21 Januari 2025, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah melancarkan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian itu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan. 

Siri jelajah ini adalah inisiatif Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keselamatan dalam talian serta mencegah pengguna daripada menjadi mangsa penipuan dan jenayah siber. 



"Program ini akan diperluas ke seluruh negara untuk membentuk persekitaran digital yang lebih selamat. 

"Selain itu, jelajah ini turut memberi penerangan tentang penguatkuasaan pelesenan penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial, pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), serta usaha ke arah memperkenal Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA)," kata MCMC dalam satu kenyataan. 

Acara di UMK ini turut dimeriahkan dengan ceramah mengenai modus operandi penipuan oleh Polis Kelantan, forum Bicara Klik Dengan Bijak, serta pameran interaktif. - KitaReporters/Kenyataan Media


12
5
0
14
0

Copy Link: