TULAR dalam media sosial kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu, 3 Oktober 2020 menjalankan sekatan kemasukan dan keluar kenderaan dari negeri Perak melalui jalan-jalan sempadan di negeri Kedah. Sekatan yang dikatakan bermula pukul 6 petang itu ekoran peningkatan kes Covid-19 yang direkodkan di negeri Jelapang Padi itu. : KitaReporters

Mesej palsu yang tersebar dalam media sosial WhatsApp.
Bagaimanapun, kebimbangan orang ramai reda apabila mesej tersebut dinafikan oleh Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng.

Menurut Boon Keng, tiada sekatan pergerakan kenderaan masuk mahupun keluar dari negeri Perak disebabkan kes Covid-19 seperti yang tular dalam media sosial WhatsApp

Datuk Goh Boon Keng

Katanya, hanya sekatan jalan raya sahaja dijalankan bagi mengawal pergerakan kenderaan dan pencegahan jenayah, dan tiada kaitan dengan penularan wabak Covid-19. 

"Tiada sekatan pergerakan kenderaan keluar dan masuk ke Perak melainkan sekatan jalan raya yang diadakan di beberapa kawasan. 

"Selain sembilan sekatan jalan raya di kawasan sedia ada, kita turut menambah dua lagi sekatan jalan raya di Tanjung Malim dan Parit Buntar," katanya. - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: