Video| Pencapaian sains: Matahari buatan manusia! China tunjukkan sumber baharu tenaga dunia?
Published byMANUSIA kini semakin maju dan moden sehingga seperti mencabar kekuasaan Maha Pencipta dengan mencipta matahari buatan manusia. Apakah akan datang manusia tidak lagi bergantung kepada Tuhan yang Maha Esa apabila alat-alat ciptaan dan rekaan manusia boleh menandingi kehebatan-Nya? : KitaReporters
Matahari. - Kredit gambar NASA/SDO (AIA)
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sains:
https://kitareporters.com/search?search=sains
Saintis China baru-baru ini telah berjaya mencipta "matahari buatan" (artificial sun) yang dikenali sebagai HL-2M Tokamak melalui projek Experimental Advanced Superconducting Tokamak (EAST) di makmal penyelidikan di Chengdu, wilayah Sichuan di timur China.
Pada 4 Disember 2020, negara Tembok Besar China itu mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kali berjaya menghidupkan mesin reaktor gergasi teknologi nuklear termaju iaitu HL-2M Tokamak dengan melakukan pelepasan plasma panas (gas positif dan negatif) yang berfungsi seperti meniru cara matahari menghasilkan energi (tenaga).
Matahari buatan manusia dikatakan lebih panas daripada matahari yang sebenar. - Kredit foto thevocket.com
Kejayaan ini, sekali gus membuktikan kepada dunia bahawa teknologi nuklear China kini bukan calang-calang tetapi setanding dengan lain-lain negara seperti Amerika Syarikat(AS), Rusia, Perancis, Jerman, India, Jepun dan Korea.
Matahari buatan manusia ini dikatakan mempunyai suhu yang lebih panas berbanding permukaan matahari sebenar (15 juta celsius) iaitu kini mencecah 150 juta celsius atau 270 juta Fahrenheit .
Projek matahari “made in China” ini hasil daripada penyelidikan dan eksperimen yang dilakukan sejak tahun 2006 dengan pengenalan versi kecil dan kemudian dipertingkatkan kepada HL-2A Tokamak (2018) dan akhirnya generasi terbaharu (HL-2M Tokamak) berjaya disiapkan pada penghujung 2019.
Kakitangan teknikal sedang memeriksa HL-2M Tokamak di makmal penyelidikan di Chengdu, wilayah Sichuan di China. - Kredit foto: AFP
Saintis China mengunakan teknik terbaharu dalam pemanasan dan pengaturan plasma panas dengan melakukan pelakuran nukleus atom yang dilebur bersama gas hidrogen dan deuterium sebagai bahan bakar serta mengunakan tenaga medan magnet yang kuat untuk menyatukan plasma (elektron dan ion), sekali gus menghasilkan suhu ultra tinggi sebagai sumber tenaga bersih yang baharu.
Penghasilan tenaga solar ini dikatakan lebih mesra alam dan selamat berbanding menggunakan teknologi rumah kaca (pelepasan gas) atau rumah hijau serta tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan manusia dan alam sekitar.
Namun kos pembikinannya dikatakan agak tinggi dan dianggarkan AS$22.5 bilion dolar dengan memerlukan dana yang besar untuk menjayakan projek akan datang khususnya menghasilkan tenaga baharu yang bersih.
HL-2M Tokamak atau ‘matahari buatan’ dipamerkan di makmal penyelidikan di Chengdu, wilayah Sichuan di timur China. - Kredit foto AFP
Selain itu, China turut merancang menggunakan peranti itu untuk bekerjasama dengan saintis luar yang menghasilkan International Thermonuclear Experimental Reactor, iaitu projek penyelidikan gabungan nuklear terbesar di dunia yang berpusat di Perancis dan dijangka siap pada 2025.
"Pengembangan tenaga gabungan nukleus-nukleus atom bukan satu-satunya cara untuk menjelaskan keperluan tenaga strategik China, tetapi juga penting untuk pembangunan mampan kelestarian tenaga dan ekonomi nasional jangka panjang," lapor People`s Daily.
Sumber tenaga baharu (matahari buatan) ini dipercayai dapat menyelesaikan masalah sumber tenaga dunia yang kini 80% dijana menggunakan bahan api fosil yang semakin lama kian berkurangan. - Kitareporters
Sumber:
China Artificial Sun News: China turns on nuclear-powered
'artificial sun' | World News - Times of India (indiatimes.com)
https://sains.kompas.com/read/2019/03/11/071300923/matahari-buatan-bikinan-china-bakal-selesai-tahun-ini