Tak suka TikTok? Ada alternatif! Roposo, Chingari, Mitron!
Published byADAKAH TikTok akan kehilangan daya tarikan dan popularitinya? Walau bagaimanapun ia sudah digilai 2.5 bilion pengguna-pengguna di seluruh dunia, teknologi media sosial (medsos) China ini masih dianggap yang terbaik.
Sebelum ini, TikTok telah menghadapi kritikan di seluruh dunia, terutama di Amerika Syarikat (AS) kerana isu berkaitan dengan privasi data dan keselamatan. : KitaReporters
India juga mengharamkan 59 aplikasi Cina atas kedaulatan negara dan kebimbangan keselamatan berikutan pertembungan masalah sempadan dengan China.
Kini ada persaingan.... Roposo!!
Roposo, adalah sebuah lagi platform medsos perkongsian video India seperti TikTok yang mencatatkan 22 juta pengguna baharu dalam tempoh dua hari selepas pengharaman TikTok.
Pengasas Roposo Mayank
Bhangadia memberitahu Reuters, aplikasi tersebut kini berada kedudukan pertama dalam
kategori hiburan di kedai-kedai aplikasi Apple di India.
Namun, ia agak sukar menggantikan TikTok sedia ada yang telah lama bertapak di hati penggemarnya.
Memetik laporan The Economic Times (3 Julai 2020), mendapati dalam minggu pertama akan membuat pengguna-pengguna seperti teruja dan berkobar-kobar untuk mencuba aplikasi tersebut.
Apa yang penting ialah bagaimana kita menguasai pasaran serta meluaskan penggunaanya.
"Saya berani bertaruh, sebahagian besar aplikasi yang
mendapat sambutan dan bertambah peningkatan pengguna-penggunanya pada hari ini, kemudiannya
akan kehilangan 90 peratus pengguna dalam tempoh sebulan," ujar Anand Lunia, rakan kongsi syarikat India Quotient.
Pengharaman penggunaan TikTok baru-baru ini menjadi rahmat bagi mereka (India) untuk mempunyai aplikasi buatan tempatan yang setanding dengannya.
Chingari adalah juga merupakan alternatik kepada TikTok di India, mencatatkan 2 hingga 3 juta muat turun setiap hari, demikian menurut sebuah akhbar berbahasa Inggeris The Indian Express.
Ia mula dilancarkan sejak tahun 2018.
Selain itu, terdapat beberapa aplikasi TikTok “Made in India” seperti Trell,
Bolo Indya dan Mitron bagi memenuhi pasaran
tempatan.
Kesimpulannya,membangun platform pengganti TikTok memerlukan kemampuan teknikal serta sistem sokongan yang mantap, di samping modal yang banyak antara AS$50-100 juta untuk pemasaran, pengguna dan kandungan (content) terbaik.
Ini belum lagi melibatkan soal seperti bug, server (pelayan) dan sekuriti. - Kitareporters
Sumber:
https://www.msn.com/en-my/news/other/inside-china-tech-apps-under-pressure/ar-BB16B0De?ocid=msedgntp
https://www.bing.com/search?q=Roposo+founder&FORM=HDRSC1
https://www.msn.com/id-id/berita/other/tidak-mudah-menggeser-tiktok/ar-BB16hIvs
https://youtu.be/0zgS0FVJA04