Lesen percuma! Masa program LMTS 2019 dilanjutkan ke 31 Ogos
Published byGOLONGAN belia di negeri Terengganu beruntung kerana berpeluang mendapatkan lesen percuma menerusi program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) yang diperkenalkan kerajaan negeri untuk golongan terbabit. Menerusi program itu, belia berumur antara 16 hingga 40 tahun layak membuat permohonan untuk mendapatkan kemudahan tersebut. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan motosikal:
https://kitareporters.com/search?search=motosikal
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata belia yang layak akan diberikan bantuan RM300 untuk mengambil lesen motosikal secara percuma.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah
Katanya, program tersebut satu komitmen kerajaan negeri dan menerusi program yang diperkenalkan pada 2019, ia bakal memberi manfaat kepada 25,000 rakyat Terengganu.
Kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) 2019 yang sepatutnya tamat pada 15 Mei 2020 yang lalu kepada tarikh baharu berakhir 31 Ogos 2020.
Katanya, perlanjutan tarikh permohonan itu terpaksa dilanjutkan berikutan beberapa faktor terutama disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020 lalu.
Permohonan mendapatkan lesen motosikal percuma 2019 telah dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2020Beliau berkata,Program LMTS dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2020 bermula sekarang selepas terhenti seketika sepanjang tempoh fasa PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
"Atas beberapa sebab termasuk berlaku PKP, ia menyukarkan peserta menjalani ujian dan latihan mendapatkan lessen,” katanya. Bagaimanapun alhamdulillah, katanya, dengan beberapa kelonggaran yang diberikan dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), peserta dibenarkan meneruskan program LMTS ini.
Poster mempromosikan permohonan mendapatkan lesen motosikal percumaWan Sukairi berharap agar peserta-peserta yang menerima surat tawaran mendapatkan lesen motosikal percuma ini dapat berbuat demikian secepat mungkin di Institut Memandu (IM) daerah masing-masing.
Katanya, sehingga kini, beliau memaklumkan, jumlah peserta yang masih belum menyempurnakan program LMTS 2019 adalah seramai hampir 7,000 orang merangkumi semua daerah.
"Sebaik sahaja tamat tarikh pada Ogos ini, kita akan menutup penyertaan kepada peserta LMTS 2019 dan membuka penyertaan kepada peserta LMTS 2020 pula. Peluang tidak akan dibuka lagi selepas penyertaan ditutup,” katanya.
Sebahagian peserta yang berjaya mendapatkan lesen motosikal percuma pada 2019 bergambar kenangan bersama Wan Sukairi Wan Abdullah (tengah)
Katanya,Ini kerana tempoh satu tahun lebih adalah peluang yang sangat lama diberikan kerajaan negeri kepada peserta-peserta.
"Kita mengharapkan agar mereka lebih serius mengambil peluang ini dan dapat mengikuti program sehingga berjaya," tegasnya. Dijangkakan seramai 15,000 orang peserta LMTS 2020 dari lapan daerah seluruh Terengganu akan menerima surat tawaran dari Pejabat Daerah masing-masing seawal Julai ini. Program akan berlangsung selama setahun sehingga 31 Ogos 2021. - KitaReporters