SYARIKAT pengangkutan yang baru tiga minggu beroperasi dalam industri ‘e-hailing’, GOJO Asia membuka peluang kepada mana-mana individu yang layak untuk menyertai pasukan pemanduan GOJO dengan menyasarkan pendaftaran mampu mencapai sebanyak lebih 50,000 anggota dalam tempoh setahun. : KitaReporters

Pradeep Kumar (dua dari kanan) dengan Shaharul Bahrin (barisan depan, dua dari kiri) bersama sebahagian daripada pemandu GOJO yang hadir di Kelab Diraja Selangor, Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2020.


Lagi cerita-cerita berkaitan

https://kitareporters.com/search?search=pemandu


Lebih menarik lagi, sesiapa yang mendaftar sebelum 31 Disember 2020 berpeluang memperoleh RM250 ke dalam kredit e-dompet pemandu, manakala  tiada potongan komisyen selama dua bulan sehingga bulan Oktober

"Setekat ini kami telah membelanja kira-kira RM500,000 nilai kredit e-dompet kepada lebih kurang 2,700 pemandu berdaftar yang sedia beroperasi sekitar Lembah Kelang," ujar Ketua Pegawai Operasi & Pengarah Kumpulan GOJO, Pradeep Kumar (gambar bawah, kanan) pada majlis sidang akhbar yang berlangsung di  Kelab DiRaja Selangor, Dataran Merdeka,  Kuala Lumpur pada petang Jumaat, 28 Ogos 2020. 


Turut hadir sebagai tetamu khas jemputan, Dato Seri Paduka (Dr.) N. Surendran (tengah) selaku Pengerusi NS Capital Ventures dan  Pengarah Operasi GOJO Asia, Shaharul Bahrin Nahruddin (kiri).

Majlis turut menyaksikan pemberian pelitup muka dan bendera Jalur Gemilang kepada lebih kurang 20 orang  pemandu GOJO serta para tamu dan media yang hadir sempena meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 tahun dengan temanya tersendiri,  “Merdeka Spirit Unites Malaysian Despite Social Distancing’.  

Penghargaan juga diberikan kepada dua pemandu terbaik GOJO lelaki dan wanita sepanjang mereka berkhidmat sejak GOJO mula beroperasi pada 8 Ogos 2020.

Ahmad Nadzrin Mohd Nawi menerima penghargaan dalam kategori 'Best Driver Award' (Anugerah Pemandu Terbaik).

'Road Warrior Award' (Pejuang Jalan Raya), diterima oleh Lim Siew Hong.

Antara pemandu GOJO yang menerima Jalur Gemilang serta pelitup muka pada majlis.


"Berpegang teguh pada komitmen kami terhadap pemandu, GOJO akan menyediakan "Founder's Fund' atau dana pengasas bertujuan melindungi kehidupan pemandu yang terkesan dengan COVID-19, di mana pembahagian keuntungan 12 bulan akan dikongsi bersama oleh GOJO dan pemandu yang layak," sambung Pradeep Kumar.

Menurutnya, setiap pemandu yang memperkenalkan penumpang layak menerima 2% daripada hasil pendapatan tidak kira sama ada penumpang itu menaiki kenderaannya atau pun kenderaan rakan GOJO lain.

Mungkin ramai yang ingin tahu lanjut apa istimewanya GOJO berbanding beberapa perkhidmatan e-hailing yang sedia ada ketika ini?


GOJO, kependekan untuk ‘Good Journey’ menawarkan khidmat pengangkutan yang selesa dengan harga berpatutan dengan beberapa teknologi pada aplikasinya dinaik taraf  bagi keselesaan penumpang.

“Penumpang GOJO boleh menggunakan aplikasi bersuara dari WhatsApp tanpa perlu lagi menaip untuk menghantar mesej,” tambah Shaharul Bahrin ketika ditemui.

Katanya, tujuan memperkenalkan GOJO lebih kepada misi kemasyarakatan demi membantu bukan sahaja pemandu bahkan penumpang yang mahukan perkhidmatan pengangkutan yang cekap tetapi selamat dan lebih murah.

Menurutnya, komitmen GOJO terhadap penumpang merangkumi Privasi Data, Bantuan Kecemasan, Pemeriksaan Latar Belakang Pemandu dan mematuhi SOP Keselamatan COVID-19, namun mereka yang layak perlu mempunyai syarat-syarat tertentu seperti antaranya memiliki insurans, lesen PSV dan kereta harus dalam keadaan baik.

"Dalam usaha kami untuk menyuntik semangat kepada pemandu, GOJO telah mencipta pasaran ekosistem atau 'market place' yang membolehkan mereka memilih tempahan yang diinginkan sesuai dengan jadual masing-masing," tambah Shaharu.

Untuk maklumat lanjut berhubung cara mendaftar sebagai pemandu GOJO boleh layari https://gojo.asia.

17
12
2
1
1

Copy Link: